Keesokkan harinya , seperti yang dirancang oleh Nawal dan aku untuk memberitahu hal yang sebenar sebelum aku mula bersekolah . Kami duduk di meja istirehat iaitu di luar rumah . Aku hanya memandang kolam dihadapan . Telinga aku buka mendengar arahannya .Hm , sebenarnya aku sendiri pun tak tau aku dengar ke tak . Kenapa aku rasa kebahagian aku ,aku rasa hanya akan sekejap sahaja ?
Apa pula cerita aku dengan dia ? Tetap macam sekarang , atau tak .
"Jadi sekarang kau cari apa - apa bukti dalam bilik long . "
Aku menganguk lemah . Aku benamkan wajahku di atas belah tanganku .
"Kau ni kenapa ? Dengar tak aku cakap apa ni ?" badan aku ditolak lembut oleh Nawal Iman .
"Dengar ."
Aku mengangkat muka . Rambut aku diramas geram , cemas semuanya dalam satu .
"Kau ni dah kenapa? Rosak la rambut tu . " Nawal menahan tangan aku daripada terus bekerja .
"Aku takut ."
Kening , Nawal jongketnya tidak faham . Aku mengeluh , betul ke keputusan aku ni . Ya Allah , tolong la hamba-Mu ini . Betul atau tidak pilihan aku ni .
" Kau pasti Rafi'e akan masih sayang aku walaupun dia dah tahu aku ni musuh dia dulu ? "
"Jangan cakap kau ubah fikiran . " Nawal menahan sabar .
Aku memejam mata . Lama . Air mata aku tahan daripada terus minitis . Aku tak kuat . Tolong lah .
"Hati aku rasa berat sangat , nawal . Kenapa aku rasa tanda buruk akan berlaku pada aku atau abang kau ? Aku takut nawal . Aku sayang Rafi'e tapi ... Nawal -" tangan Nawal aku gengam erat .
"Aku taknak rumah tangga aku hancur . " air mata aku minitis . Aku benar - benar takut . Aku sayang ikatan ni . Betul - betul sayang .
"Lina .. Lina dengar sini . Apa kau merepek ni ? Kalau kau betul nak semuanya happy ? Please , berani kan diri kau . Kau kena yakin . Rafi'e sudah ditentukan Allah untuk jadi imam dan suami kau , kenapa kau perlu jadi macam ni . cinta tak cukup untuk jamin kebahagiaan tapi dengan kejujuran dan saling percaya antara satu sama lain . " Nawal cuba memujuk .
"Kau cakap senang la . Bukan kau wataknya tapi aku ." aku menangis lagi . Apa yang boleh aku buat kalau bukan selain menangis .
Bahu aku disentuhnya ." Kepercayaan dan kejujuran itu penting Lina ."
"Kau pasti semuanya akan okey ? "
"I'm very sure . Dah sekarang kita tekad untuk selesaikan hal ni hari ni . Trust me , everthing is okey ."
Dorongan Nawal membantu menambahkan semangat aku . Aku senyum separuh . Aku boleh hadapinya ! Yakin !
"Thanks Nawal . "
"Apa saja untuk bestie dan kakak ipar aku . "
--------
"Umi , mama ." tegur aku sebelum memulakan rancangan . Sebelum tu kena la bagi makan umpan .
"Rai'a . " nama aku disebut sambil matanya melilau mencari seseorang manakala umi hanya tersenyum .
"Nawal mana ? Bukan tadi berbual sekali ?" soal mama .
"Solat . " sepatah aku menjawab .
Mama mengganguk faham .
"Boleh Rai'a tolong tak ?"
"Tak apalah , Rai'a rehat aje biar umi dengan mama yang masak untuk hari ni . " umi menolak lembut . Alah , mana boleh tak jadi lah umpan aku nanti .
YOU ARE READING
Isteri 17 Tahun
RomanceLuqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak kenalan bapanya ; "Papa , are you serious want me to get married with a student ? 17 year old ?" - R...