Dah 3 hari aku menetap dekat kampung ni . Kampung opah pun sama juga dengan rumah aku . Ada sawah padi , kerbau pun ada .Kalau la Rafi'e tau peragai aku yang suka naik atas kerbau mesti dia terkejut besar . Hilang habis keayuaan aku .
Aku meneliti wajah aku pada muka cermin . Siap ! Rasanya tak ada yang tertinggalkan ?
Aku paling ke katil . Hm , beg baju ada . 1 , 2 cukup .
Tiba-tiba bunyi pintu dibuka oleh seseorang . Aku menelan air liur . Haish , buat takut aku je .
"Cepatnya bersiap . "
"Hm . awak-" okey aku dah mati kata . Ya Allah , menyesalnya paling tengok dia . Apa yang dia fikir sekarang ni . Nak goda aku waktu sekarang ke ?
"Kenapa, sayang?" dia melangkah setapak .
Aku dengan cemas berundur dua tapak . Tak main la satu tapak . Dua tapak lagi menjauhkan jarak aku dengan dia . so , dua tapak .
"Ba-baju ?"
"Biy baru lepas mandi la ."
"Bila awak masuk ? Saya tak dengar bunyi air pun . "
Luqman Rafi'e ketawa lucu . "apa yang sayang merepek ni ? Ni kampung sayang bukan rumah kita . Biy mandi dekat dapur la . Pintu sayang tak kunci , malas nak ketuk biy masuk aje la ."
Ceh , mana ada merepek . Cemas jelah . Aku mencebek .
"Muncung lagi . Panjangkan lagi bibir tu . Senang biy nak sangkutkan tuala ni . nak ?"
Eh , eh . Main ugut tuala dia pula .
"Lain kali bawa la baju sekali ."
"Biy dah terbiasa la sayang . kenapa tak suka ? Jarang tau perempuan tak suka body sasa macam biy . " ceh , isi bakul angkat sendiri . Puji apa tah lebih - lebih .Dulu kau bukannya sasa pun . Kering adalah .
Aku menyambar baju t-shirt di atas katil . Dengan beraninya aku melangkah ke arahnya .
"Apa-apa la prince . Pakai baju , saya nak jumpa opah . Sebagai denda awak angkat beg pakaian kita . " baju ditangan aku lempar ke arahnya .
"Baiklah my princesss ." Rafi'e menunduk hormat seperti kerabat diraja .
Hei , ingat aku tak boleh ?
Aku tersenyum sebalik furdah . Balas balik ye . Aku menarik sedikit kedua belah sisi jubahku lalu , menunduk hormat 90 darjah . Amacam ? Macam kerabat diraja tak ? Huhu .
Dan sebagai pencuci mulut . Kenyitan mata aku hadiahkan . Aku berlalu pergi . Rasa malu la pula buat sedemikian . Haishh , tak boleh bagi dia nampak .
Pintu bilik di tutup .
Rafi'e tersenyum seorang diri . Terima kasih kerana menghadiahkan Rai'a kepada aku .
"Kau tak ubah seperti dulu , Lina ." katanya sambil tersenyum . Rafi'e dah tahu ke siapa Rai'a ?
-----------
"Opah buat apa tu ?"
"Rai'a . Saja bungkuskan untuk kamu berdua bawak balik . "
Aku mengganguk . Ooo .
"Apa dalam bekas ni ?" penutup bekas berwarna merah jambu menarik perhatianku .
"Yang ni untuk Nawal . Semalam dia telefon opah katanya teringin sangat nak makan . Opah pun buat kan la ."
Aku mengganguk lagi . Bekas itu aku ambil lalu membuka penutupnya sedikit . Aku membaunya .
"Apa ni opah , busuknya ."
"Ni lah budu , buatan air tangan opah tau . "
Aku meletaknya semula .
"Tak tahu pula Nawal suka budu . Dulu dia cuma layan makan makanan orang luar . "
Opah ketawa kecil . "ego je Nawal tu . Luaran aje tapi dalaman masih orang kampung. Iya tak ? "
"Betul . "
Aku membantu memasukkan bekas-bekas itu ke dalam beg plastik . Banyak juga la .
"Rai'a , opah nak minta tolong boleh ?" suara opah kendengaran lemah .
Aku pandang opah . Bahunya aku usap . "InsyaAllah kalau Rai'a mampu , Rai'a akan tolong . "
"Tolong tengok-tengokkan Luqman ye ? " tangan aku diambil lalu digengamnya erat .
"Kenapa opah cakap macam tu . Opah ... Apa maksud opah ? Rai'a tak faham . " aku membalas gengamannya .
"Opah ingat siapa Rai'a . Akhirnya doa Opah termakbul ."
Aku terkejut . opah kenal ?
"Opah , kenal Rai'a ?"
"Lina yang montel tu kan ? Opah tak lupa lagi . "
"Tapi ... Macam mana ?"
Matanya memandang dahi aku .
"Hari pertama Rai'a datang ke sini dan kali pertama Rai'a makan malam di sini . Opah nampak parut tu walaupun Rai'a lindung dengan tuala . "
Aku garu kepala . hehe . Macam penyiasat pula opah ni . Meremang bulu roma aku .
"Opah , please jangan beritahu Rafi'e tentang hal ni . Rai'a nak dia tahu sendiri tanpa pemberitahuan siapa-siapa . Boleh ye opah ?" ujarku separuh merayu .
"Opah faham . Jangan risau . Opah dulu pegang watak heroin dalam lakonan sekolah . Opah tau serba - serbi lakonan ni . "
Aku ketawa . Opah ni . Aku memeluk badan tua opah . "terima kasih opah . "
"Sama - sama , sayang ."
Rafi'e yang sedang mendukung cik di belakang badanya menuju ke dapur . Langkahnya terhenti .
"Kami terlepas drama penting ke ?" tegur Rafi'e .
Opah melepaskan pelukkan aku . Aku menunduk malu . Aishh , kacau je orang nak berdrama . Sama je dengan si Nawal tu . Adik , abang dua - dua sama peragai . Penggangu !
"Akak nangis . " sudah cik ni nampak saja .
"Sayang nangis ke ?" Rafi'e pula bertanya .
Aku menggeleng . Menafikan .
" Dah jom . Nanti lewat pula sampai KL . "
"Tengok cik , opah halau abang Man ." adu Rafi'e .
"Padan muka ." cik ketawa .
Rafi'e tarik muka , geram . Budak kecik tak membantu dia langsung . Rafi'e mengajak aku turun . Aku mengganguk lalu menyambar plastik yang berisi bekas makanan tadi di atas meja . Tangan opah aku gengam dan menariknya mengikuti aku .
- isteri 17 tahun -
YOU ARE READING
Isteri 17 Tahun
RomanceLuqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak kenalan bapanya ; "Papa , are you serious want me to get married with a student ? 17 year old ?" - R...