BAMM # 50

73.3K 2.8K 29
                                    


' Tanya ? Ishh , dia nak tanya apa kat aku ni ? Jangan cakap dia tahu siapa aku sudah la '

Aku memandang wajah Asyaraf . Dia tunggu jawapan daripada aku agaknya . "tanya lah ."

"Macam mana awak boleh kenal saya ? Boleh cerita kejap ?" pintnya sambil berpeluk tubuh .

"Hm .. Dari mana agaknya saya perlu mulakan ?" aku bertanya kepadanya semula . Sengaja mahu sakitkan hatinya walaupun sedikit pun dia tak pernah rasa.

"My name ?"

Aku menolak pingganku ke hadapan .

"Nak cakap kenal tu , tak lah seberapa . Boleh dikatakan saya kenal siapa encik Asyraf sebenarnya . "

"Itu satu sindiran atau apa ye Rai'a ?" soalnya .

"Saya kenal encik Asyraf , encik Asyraf tak kenal saya . Jawapannya tak terlintas langsung niat saya nak menyindir encik Asyraf ."

"Baik . Memandangkan awak tahu pasal saya .. Boleh beritahu serba sedikit latar belakang saya ?" katanya . Aku hanya tersenyum .

" Encik Asyraf seorang yang happy go lucky sejak dari zaman sekolah encik lagi . Dulu , encik rakan kepada Encik Rafi'e ? Membuli seorang kanak perempuan . Minat dalam aktiviti sukan , rakan kongsi kepada encik Rafi'e . ." aku berhenti seketika . Aku memandangnya yang masih tekun memandangku tajam .

"Perlu saya tambah ?"

Dia menggeleng ." berapa umur saya ?"

". 22 tahun ."

"And .. Saya single atau taken ?"

Mulanya aku pelik jugalah apa kena mengena umur dan dia berpunya atau tak dalam topik pasal dia sekarang ni ? Tapi .. Peduli apa , aku redah je .

"Maaf , saya tiada jawapan untuk tu ?"

"Tipu . kalau betul awak kenal saya , awak tahu jawapannya ."

Aku menarik nafas supaya tenang . " Pertama sekali saya minta maaf kalau kata saya kejap lagi maybe akan mengguris sedikit ."

"Sokey , teruskan ." katanya tegas .

Peduli pula aku .. Cehhh .

"Encik Asyraf sekejap berpunya , sekejap tidak . Berpunya , kemudian tidak .  Encik Asyraf ada rupa dan kekayaan . Tapi berdosa encik Asyraf kalau bawa anak dara orang ke hulu ke hilir . Tambahan pula anak dara yang dibawa semuanya mendedahkan . Macam yang saya katakan pada Encik Asyraf pertemuan pertama kita , tak semua perempuan sama . Cuba lihat dari sudut yang berlainan . Mesti encik akan faham apa maksud yang saya cuba sampaikan . " pajang lebar aku berhujah . Kalau tak berubah juga . Aku redo sajalah .

"Kalau saya cakap , awak adalah perempuan tu ?"

Aku terkejut . sudah ! Dia dah salah faham agaknya ni .

"Awak cakap ajelah , awak suka saya tak perlu kata-kata keramat macam tadi . Jangan risau sayang , i pun dah suka kat you . "

"Hah ?"

"Sayang..." tangan aku disambarnya .

Cepat - cepat aku menarik tangan aku semula . Gila ke dia ni ? Masih tak berubah !

"Apa encik buat ni saya isteri orang lah ." marah aku kecil .

"Tipu . you umur berapa ?"

"17 ."

"See . lagi tipu . cara you bercakap dengan i pun i tahu umur you dalam 20 atau 21 tahun . Inikan pula isteri orang . "

Aku menepuk dahi . kepalaku aku pegang pening . Lain yang aku nak sampaikan lain yang dia faham . Apa ni .. Aku bangun secara automatiknya .

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now