Enjin kereta milik Luqman Rafi'e dimatikan setelah memasuki kawasan rumahnya . Aku yang baru terjaga daripada tidur menggosok mata sambil mulut di kembungkan .Haa , ni la tabiat aku dari kecil sampai sekarang bila bangun tidur je mesti macam tu .Kalaulah Rafi'e ingat tabiat aku ni . Mesti dia akan kenal aku . Tapi malangnya tidak .
Saki baki mengantok masih ada . Tiga jam perjalanan amat memenatkan bagi aku walaupun Rafi'e yang memandu . Nampak tak ? Alah budak sekolah biasa lah .
Tali pinggang aku buka dengan mata yang masih tertutup rapat . Dan lagi nak mengeliat 90 darjah ke 50 darjah ke , bebas . Rafi'e dari tadi hanya memandang telatah aku . Aku menjeling memandangnya . Senyum - senyum . Macam lah dia tak pernah buat macam aku . Semua orang mengeliat okey ? Fakta semua tu .
"Apa tengok - tengok ada hutang ?"
"Sayang boleh buatkan, tidur macam tu je . Bukan nak teman biy . Kalau biy mengantuk tadi macam mana ? " dia berpeluk tubuh sambil kening kirinya dijongket ke atas .
"Radiokan ada . " aku bermain - main mata . Haaa , ini teknik untuk melarikan diri .
"Ingat comel lah buat macam tu ?"
"Awak rasa ?"
"Memain erk ." Rafi'e meninggikan badannya . Aishh , dia nak buat apa pula dalam kereta ni .
"Tanya je ." aku mengecilkan diri sambil memejamkan mata kerana takut . Gila tak takut . Jadi apa-apa aku juga yang susah .
Rafi'e ketawa besar .Ketawa pula . Sah nak kenakan aku lagi . Kepala aku diusap lembut . "tahu takut ."
Aku mencebek , kan betul tekaan aku . Jeleran lidah aku berikan pada dia . Jangan risau dia tak nampak pun sebab aku pakai furdah , haha . Itu yang berani buat . Kalau tak , jangankan menjeler , ajuk pun tak berani .
"Jom . Beg biar biy ambilkan ." katanya . kami keluar daripada perut kereta hampir serentak .
Aku berjalan sehingga tiba di hadapan pintu rumah . Aku menyandar pada pintu sambil mata memandang suamiku bekerja . Tiba-tiba aku tersenyum sendiri . Apa yang bermain dalam layar minda aku , aku pun tak tahu .
Haishh , Rafie ....
"Termenung apa tu , sayang ?" tegur Rafi'e .
Aku tersedar . Ohoii , semangat . Nasib tak terlepas plastik daripada tangan aku ni . Kalau tidak kempunan la Nawal nak makan budu dia . Tapi .. persoalannya ialah sejak bila dia ada depan aku ? bukan .. Hm , apa - apa jala . Nama pun mengelamun cinta Rafi'e apa pun tak sedar . Haha .
"Kunci awak ." aku berselindung . Malu la kalau dia tau aku termenung sebabkan dia .
"Kunci ?" Rafi'e meletakkan beg pakaian dibawah dahulu sebelum mencari kunci rumah yang aku pinta .
"Kejap , kat mana biy letak ye ?" dia meraba poket seluarnya .
"Ada tak ?" tanya aku mula cemas . Takkan nak bermalam dalam kereta kot . Lagi aku aku seram . Dengan Rafi'e pula tu .
Janganlah ! Aku rela minta tolong , tumpang rumah jiran sebelah daripada dalam kereta .
"Ada . "
Aku berpeluk tubuh . Mana la dia letak ? Jangan kata tertinggal atas meja solek . Dah tu nak masuk macam mana ? Kunci pendua ada pada papa .
Aku berserah . Memang itu takdir la kalau tertinggal kunci . Tangan aku secara spontan memegang pemegang pintu , pin di atas segaja aku tekan dan ... Pap !! Pintu terbuka . Diasaat itu juga Luqman Rafi'e menjerit telah menjumpai kunci rumah .
"Jumpa . " Rafi'e memandang aku hairan .
Aku sendiri pun terkejut sebenarnya . Bukan sebab aku boleh buka pintu secara ajaibnya , tapi sebelum keluar aku dah kunci pintu , takkan la pencuri masuk rumah ?
"Sayang kunci tak pintu ?" Rafi'e mula khuatir .
"Saya kunci lah . " jawabku jujur .
"Betul ?"
"Betul . tak tipu ."
Rafi'e menarik nafas . Tangan aku ditariknya . "Jom masuk , sayang sembunyi belakang biy , ingat jangan lepas tau tangan biy . "
Aku mengganguk laju . Aku ikut seperti disuruh . Tangan kanan Rafi'e aku gengam betul - betul erat . Takut punya pasal . Semua tak dihiraukan .
"Sayang ."
"Hm ?"
"Biy rasa ramai perompak dalam rumah ni ." katanya .
Saat itu aku sudah menelan air liur . Aku menghadiahkan tumbukan pada belakang badannya , kasar . Pandai - pandai je cakap ramai . Ingat Pesta merompak beramai - ramai ke ?
Rafi'e mengadu , sakit . Ceh lembek . Tumbuk sikit dah aduh .
"Jangan takutkan saya !" marah aku .
"Yang sayang tumbuk biy kenapa , sakit tau tak ?"
"Awak tu yang takutkan saya , siapa suruh ?! " lagi sekali aku menumbuk belakangnya .
Langkah Rafi'e terhenti tiba -tiba membuatkan aku dibelakang juga turut berhenti . Hidung aku berlanggar pada belakangnya . Adoii , boleh patah dibuatnya . Belakang dia ni badan ke besi ? Tajam bukan main .
"Sayang jalan depan la ." dia menolak aku kehadapan .
"Eh , apa pula . Awak lelaki , kuat . Awak la ." Aku pula menolak badannya pula .
"Sayang pun lelaki juga . " katanya .
Aku punya bertudung , berfurdah lagi boleh katakan aku lelaki ?! Dah tu yang kau kahwin ni lelaki ke perempuan ? Nak kena ni .Aku menarik telinga capang milik suamiku . Biadap sangat !
"Apa ni sayang .. Sakit la ."
"Saya perempuan tau tak . Memain je cakap lelaki ."
Dia minta aku lepaskan , ingat aku nak ikut ? Takkan ! padan muka . Tarik manja pun nak merenget .
"Woi - woi , nak gaduh dalam bilik bukan ruang tamu ." suara seseorang menegur .
Secara automatik aku dan Rafi'e memandang gerangan suara itu serentak . Nawal ? Lol ingatkan perompak . Jadi .. Aku meleraikan tarikan pada telinga Rafi'e . Malu siak .
"Bila kau balik . " soal Rafi'e sambil mengusap telinga yang ditarik olehku . Aik takkan dia pun tak tahu .
"Petang semalam . Saja buat kejutan . Terkejut tak ? "
"Mama mana ?" soal Rafi'e lain malas menjawab soalan tak penting daripada Nawal .
Aku ketawa sedikit melihat Nawal yang sudah menarik muka geram .
"Wei , Lina opah ada bagi apa - apa tak untuk aku ." tangan aku ditarik laju .
"Ada , luar ." jawabku ..
"Jom aku teman kau , ambil . Amacam best tak kampung ?" sengaja Nawal berbuat sebegitu mahu menaikan api kemarahan longnya . Bagus la , dua beradik ni . Sebelum tu sempat juga Nawal mengejek longnya . Itu yang bikin Rafi'e panas .
Rafi'e berpeluk tubuh . 'tak guna punya adik , dia buat donno je ? Tau rampas bini aku je dia ni . Aishh .' omel Rafi'e disimpan dalam hati .
"Balas dendam nampak ." gumam Rafi'e perlahan .
"Jaga kau , dik . "
-isteri 17 tahun -
YOU ARE READING
Isteri 17 Tahun
Roman d'amourLuqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak kenalan bapanya ; "Papa , are you serious want me to get married with a student ? 17 year old ?" - R...