Bahagian satu

1.3K 55 7
                                    

Pak Salleh geleng kepala memandang siling warungnya. Habis melekat dengan 'roti terbang' Mazlan yang tidak menjadi. Lambungan terlalu over. Pak Salleh mengeluh lalu terus sambung mengira duit di kaunter pembayaran. Maklumlah dia bos. Seorang pelanggan datang ke kaunter untuk membayar makanan. Tetapi dia meminta diskaun kepada Pak Salleh kerana roti canai yang di makannya terdapat dua ekor kelkatu di dalam. Pak Salleh mengeluh panjang memandang Mazlan. Terpaksa juga Pak Salleh memberi diskaun kepada pelanggan yang punyai dua ekor kelkatu di usus perut. "may I suggest something? saya rasa Pak Salleh kena cari penebar roti yang lain. Termasuk pagi ni dah empat kali saya terkunyah kelkatu dalam minggu ni setiap kali saya makan roti canai kat warung Pak Salleh", terang pelanggan itu. "kalau bukan anak aku, aku dah lama halau dah", kata Pak Salleh dengan nada menyesal dapat anak yang bebal. Sekurang-kurangnya Mazlan rajin membantu keluarga di warung ayahnya. Tidaklah goyang kaki di rumah hanya dengan menonton tv saja. Itu sajalah yang boleh dibanggakan Pak Salleh selain Mazlan cekap mencari cacing yang sangat banyak semasa mahu memancing ikan di sungai berhampiran rumah. Bagi Mak Bah pula, ibu kepada Mazlan, beliau hanya bangga melihat prestasi anaknya mencabut uban dengan pantas dan rajin ke reban memberi makan ayam-ayam milik Mak Bah. Ayam-ayam ternakan Mak Bah akan berlari menanti makanan jika mereka ternampak Mazlan datang membawa satu kampit beras. Perkara itu pula menaikkan amarah Pak Salleh. Setiap kali beliau balik beras di dalam tong beras akan hilang. Bila dilihat di depan reban beras dituang cantik menjadi bukit di tanah. Kejadah apa bagi ayam makan sampai macam tu sekali. Pak Salleh hanya sebak di tepi pintu  melihat ayam-ayam ternakan memakan beras. Ada juga yang sudah terlentang kekenyangan.

Mazlan atau nama panggilannya di kampung, Lan Serama memicit alat kawalan jauh mencari siaran di televisyen. Beliau berbaring di lantai berbantalkan kusyen. Jam tepat pada pukul 1:30. Mazlan membuka siaran tv3 menonton buletin tengah hari. Walaupun tv1 dan tv2 lebih jelas siarannya, Mazlan tetap memilih tv3 untuk ditonton kerana siaran itu memberi info yang tepat lagi benar di buletin mengenai politik di negara Malaysia. Mak Bah menghidangkan teh o panas bersama biskut kering di pinggan di sebelah Mazlan. Mazlan terus bangun lalu duduk bersila di hadapan ibu kesayangan. Pak Salleh menuju ke arah mereka lalu meminta kunci motor daripada Mazlan. Mazlan menyengetkan sedikit badannya bagi mudah mengeluarkan kunci di poket seluar. Lantas Pak Salleh gerak terus ke motor Mazlan setelah mendapat kunci yang diberikan. "Bang, nak pergi mana tu?", soal Mak Bah kepada suami tercinta. "Aku nak pergi beli beras, beras rumah kita dah habis". Nada Pak Salleh cuba menyindir Mazlan. Mazlan tidak langsung menyedari sindiran ayahnya malah terus ketawa menonton televisyen. Mak Bah sudah lali dengan sindiran itu lalu meneruskan kunyahan biskut kering di mulutnya.

PacitaWhere stories live. Discover now