"Why so serious??". Mazlan melenting kepada driver batman dalam bahasa British. Mereka bertiga dihumban keluar oleh Pakcik gemuk kerana telah menyakiti penumpang lain. Kini mereka terdampar di tepi jalan. Idzmin Qhariri baran melihat Si Kekanda melayangkan jari tengah di dalam bas. Bas berlalu pergi. Bas Retrobus semakin hilang dari pandangan tiga jejaka ini. Kini mereka buntu. Aiman Sulaiman garu kepala. Berbagai jenis soalan ditujukan kepada Mazlan. Mazlan mula serabut. Beliau menghadiahkan sebijik penumbuk ke muka Aiman Sulaiman.
" Eh, pehal ni Mazlan?". Idzmin Qhariri terkejut. Dia mendepakan tangan untuk meleraikan perang dingin ini. Aiman Sulaiman membalas. Beliau menerajang Mazlan. Akan tetapi kaki kiri Aiman tidak dapat menyokong sepakan tunjal beliau malah tergelincir lalu terkena sixpack Idzmin Qhariri yang padu itu. Idzmin Qhariri pula membalas. Kini mereka bertiga bergaduh. Bergelut di tepi jalan.
Inspektor Razali Sidek ralit memerhati mereka bertinju di tepi jalan dari koridor balai polis. Lalu beliau mengarahkan pegawai lain selesai persengketaan mereka. Kini Mazlan, Idzmin Qhariri dan Aiman Sulaiman ditangkap lalu dihumban ke dalam lokap. Apakan daya bergaduh di tepi Balai Polis. Tak memakan masa yang lama pun untuk menyumbat mereka ke dalam lokap.
YOU ARE READING
Pacita
Adventure" Merantaulah nak sementara umur masih muda " - Harun89 " Pergi tengok kehidupan kat negeri orang sana " - Abu Shandong " Cari pengalaman. Banyak topik berbual dengan anak-anak kau nanti " - Guljar " Ilmu dan pengalaman adalah sesuatu yang berharga...