" Udin tolong kitorang, Udin ! tolong ", Mazlan merayu-rayu macamlah si Udin itu mampu membuat apa-apa. Takkan pula nak jamin mereka bertiga, duit pula ada dua ratus. Udin Kurik yang berdiri mencekak pinggang itu, mula berasa serabut dengan situasi yang dialami. Wajah sayu kawan-kawannya yang meringkup dalam lokap itu membuat Udin Kurik mahu menangis.
" It's okay Udin. It's okay. Aku rasa kau tak perlu selamatkan kitorang. Kitorang ni semalaman je kat dalam. Esok keluarlah", kata Idzmin Qhariri sambil berjalan menuju ke penjuru lokap. Tak mahu berdekatan dengan Mazlan dan Aiman Sulaiman. Panas. Udin Kurik mengangguk hampa dengan kata-kata Idzmin. Sekali tu Udin menoleh ke kiri dimana seorang pegawai polis dari tadi lagi mengacukan sepucuk pistol ke arahnya.
" Praktikal ni ", bisik Mazlan ke telinga Aiman Sulaiman sambil memandang perlakuan pegawai polis itu.
" Kalau macam tu aku bermalamlah dekat mana-mana dulu. Esok aku datang sini balik jemput korang ", cadang Udin Kurik.
" Bereh !", Balas Mazlan dan Aiman Sulaiman serentak. Idzmin Qhariri membuat satu bunyian sebagai tanda yang dia setuju kepada Udin Kurik dan terus menyambung tekan tubi di penjuru lokap. Udin Kurik melambai tangan dan membuka langkahnya keluar dari kawasan lokap. Mazlan, Aiman dan Idzmin melambai kembali sambil melihat Udin Kurik meninggalkan mereka meringkuk didalam.
Di sebelah hiasan pasu bunga dipenjuru balai terdapat sebuah mesin air dan disertakan cawan. Udin terus menghampiri mesin air itu untuk menghilangkan dahaganya. Dia mengambil cawan dan memeriksa takut-takut kalau cawan itu tidak bersih. Sambil menunggu air memenuhi cawan, Udin Kurik berfikir akan dirinya. Dimana dia perlu bermalam. Duit dua ratus dia perlu guna untuk ke Selangor bersama kawan-kawannya. Oleh sebab itu Udin tidak boleh memakai duit untuk menyewa hotel. Walaupun hotel bajet murah sekalipun. Dia harus berjimat. Dia harus fokus dengan misi yang dirancang Mazlan itu.
" Saya nak ucap terima kasih.", Tegur Alaina Nasir. Udin Kurik tersedar setelah dicuit dari belakang. Dia melemparkan senyum bersahaja sambil kasi balancing cawan yang sedang diisi air.
" Awak dengan beg besar semua ni. Awak nak bermalam kat mana?" Soal Alaina Nasir.
" Saya pun tak tahulah. Duit saya tak cukup nak sewa hotel bajet "
" Kalau macam tu.."
Udin Kurik menoleh pantas.
"..awak.."
Udin Kurik menanti.
"..boleh.."
"Ya, kalau macam tu saya boleh? Boleh apa?"
"..bermalam rumah saya?"
Cawan Udin Kurik melimpah.
YOU ARE READING
Pacita
Adventure" Merantaulah nak sementara umur masih muda " - Harun89 " Pergi tengok kehidupan kat negeri orang sana " - Abu Shandong " Cari pengalaman. Banyak topik berbual dengan anak-anak kau nanti " - Guljar " Ilmu dan pengalaman adalah sesuatu yang berharga...