Idzmin Qhariri melihat kelibat seseorang melintas di depannya. Tak pasti lelaki ke perempuan. Kalau perempuan terasa jugak nak bagi pikapline. 4 sahabat itu menunggu di depan bas, waktu bertolak dah tiba.
" Ehh, siapa pulak yang pakai kostum Batman tu ?", tanya Idzmin Qhariri kepada rakan-rakannya. Manusia yang melintas di depannya tadi memakai kostum Batman. Kemudian masuk di bahagian pemandu bas. Driver bas rupanya.
" Nak, tepi sikit boleh?", seorang pakcik meminta mereka berganjak sedikit. 4 sahabat yang berdiri rapat di pintu bas, terus ketepi sedikit.
" Kalau boleh banyak, nak. Pakcik ni gemuk gedempol", pakcik gemuk meminta lagi. Lalu pakcik gemuk meminta tiket mereka. Konduktor bas rupanya. Mazlan terus melayangkan 4 tiket ke pakcik gemuk. Habis saja dikoyak, Mazlan memasuki bas. Beliau hanya memandang sekilas Driver Batman yang ralit menabur serbuk kaca di papan karom.
" Sudah laa tu, licin sangat nanti", teriak pakcik gemuk dari luar bas. Nampak macam nak main sekali.
" Apa yang licin?", Udin Kurik takut. Hatinya berdebar. Perutnya mula memulas. Mahu ke jamban. Udin beritahu kepada Aiman Sulaiman yang dia nak ke tandas sebentar. Tujuannya untuk memesan kepada Mazlan dan Idzmin Qhariri yang sudah berada di tempat duduk tu sekali.
" kalau bas dah gerak bagitahu saya tau!", kata Udin Kurik sambil berlari meninggalkan bas. Tak tahan sangat, sudah hampir dihujung.
5 minit kemudian, Bas memulakan perjalanan. Papan karom driver Batman dilembang keluar oleh pakcik gemuk. Mungkin kalah besar. Driver Batman tutup pintu sambil senyum-senyum. Sebelum masuk gear, beliau membela mantel kostumnya agar tak terselit di celah punggung. Rimas nanti.
" Bas nak gerak dah ni!", kata Mazlan.
" Belum, belum, belum... hmmm, haaa okey dah gerak, dah berjalan dah bas ni ", Idzmin Qhariri.
" Ehh, macam mana aku nak bagitau Udin?", soal Aiman Sulaiman.
Tak lama selepas itu, bunyi notifications masuk di whatsapp jelas kedengaran di tandas yang diguna oleh Udin Kurik. Di bantu pula dengan gema. Udin buka. Udin baca. Udin Kurik pun reply ok. Tak sampai hatinya nak marah. Suruh driver tu tunggu. Bas dah jalan baru nak bagitau, ingat aku ni Flash ke apa boleh kejar bas tu?' Mungkin itu dihati Udin Kurik. Penulis hanya meneka. Udin Kurik membasuh punggung dalam keadaan gelabah payudara.
YOU ARE READING
Pacita
Adventure" Merantaulah nak sementara umur masih muda " - Harun89 " Pergi tengok kehidupan kat negeri orang sana " - Abu Shandong " Cari pengalaman. Banyak topik berbual dengan anak-anak kau nanti " - Guljar " Ilmu dan pengalaman adalah sesuatu yang berharga...