Bahagian lima

614 36 5
                                    

" pakcik bukan taknak bayar tapi kalau setakat kopi secawan takkan mak kau nak berkira, kita kan sekampung ", alasan Pak Hashim McCartney mengelak dari membayar hutang.

" pakcik kena paham, kami ni meniaga ", kata Mazlan.

" mitos China tu jangan percaya, Mazlan oi "

" apa dia? "

" naga "

" bukan naga pakcik, niaga! niaga!", Mazlan tinggi suara.

Pak Hashim McCartney memang punyai masalah pendengaran yang teruk. Anaknya pernah masuk hospital akibat dipukul ayahnya sendiri. Masa tu Pak Hashim menyidai pakaian di ampaian luar rumah. Baru je nak sidai seluar jean anaknya, hujan pun turun secara mengejut. Anaknya berteriak dari dalam rumah mengatakan hujan. Pak Hashim terus meluru masuk ke dalam melibas anaknya menggunakan seluar jean yang basah itu. Pak Hashim berang anaknya sendiri memanggil dia bojan. Hujan disangkakan bojan. Telinga Pak Hashim yang punca salah faham anak beranak ini.

" iya, aku tau niaga. Tapi pakcik ni kan dah tua takkan kau tak kesian kat pakcik ", Pak Hashim McCartney meraih simpati.

" pakcik pun kena fikir jugak perasaan mak saya ", ulas Mazlan

" kau jangan nak menuduh pakcik macam tu sekali. Pakcik minum air kopi je, tak minum pun air tu kat kedai mak kau ", Pak Hashim McCartney berang tiba-tiba.

" air apa pulak ni, pakcik?"

" teh ais tiga layer "

" saya! saya! bukannya tiga layer! ", Mazlan menghentak kakinya berkali-kali ke tanah tanda geram.

" aduhai ", keluh Aiman Sulaiman. Tangan masih bersilang di belakang pinggangnya.

PacitaWhere stories live. Discover now