Bahagian 21

552 28 15
                                    

Hampir setahun sudah berlalu. Perancangan Mazlan untuk mengembara bersama kawan-kawannya sudah lenyap setelah Mazlan kini berada di Pusat Pemulihan Mental di Kalimantan, Sabah. Bukan main jauh dia dihantar. Walaupun keadaan Mazlan dah tak normal macam sebelum ni, dia gembira sekarang kerana pusat pemulihan berada di Sabah. Feeling jugak berada di perantauan.

Sedang asyik Mazlan bertengek didahan pokok sambil bermain ulat bulu, Udin Kurik datang melawat.

" Mazlan, saya ni Udin ", tegur Udin Kurik dari bawah.

" Hemmmmmm ", Mazlan mencebik.

" Mazlan, mari la turun kita berbual "

Mazlan melakukan back flip kebawah dan terus berlari ke taman. Dia duduk di sebuah buaian.

" Ehh, Mazlan kenapa pergi main buai? Panas ni ", Udin Kurik mendapatkan Mazlan.

" Kata suruh buai !! ", jerit Mazlan.

" Mazlan! Mazlan! Kau gila bukan pekak! Biar gila Mazlan jangan pekak. Nanti susah nak berborak", Udin Kurik perasan ayatnya macam pantun tapi dia persetankan. Tangannya terus mengusap kepala Mazlan.

" Kamu buat apa disini?? ", Mazlan tiba-tiba cakap indon.

" Aku mahu minta ampun kepada kamu ", Udin Kurik menyelami tema Mazlan.

" Apologize accepted. Now fuck yourself! ", Mazlan menghalau Udin Kurik.

" But.. but.. but "

" apa but but ?? "

" Aku nak tebus silap aku kat kau selama ni "

" Macam mana kau nak tebus? "

" Aku akan jaga kau kat Pusat Pemulihan ni. Aku dah diterima kerja kat sini", Udin Kurik memegang bahu Mazlan. Buaian berhenti. Kemudian, Mazlan bangkit dan memeluk Udin Kurik.

Aiman Sulaiman sedang mengelap kaunter sebaik saja sampai ditempat kerja. Dia sangat rajin bekerja di restoran KFC kerana dia terhutang budi dengan Cik Aida yang membayar jaminan Aiman Sulaiman semasa dia ditahan dilokap.

" Aku ni amik kau dari lokap sebab kat KL ni payah nak amik banduan bekerja kau tau tak? Aku sayang orang yang tertindas macam kau ni", Bebel Cik Aida melihat Aiman Sulaiman bermain telefon. Padahal dia baru masuk kerja.

" Ya Cik Aida. Sorry "

" Takpa! Takpa! Dah pergi serve customer tu ", Cik Aida menepuk bahu Aiman Sulaiman sebaik saja dia menuju ke kaunter.

" Selamat datang apa pesanan encik ?". Aiman Sulaiman memberi layanan yang baik.

" Hidup ni hanya sekali, jangan lupa solat ". Kata pelanggan itu sambil tersengih.

( Kisah ini bersambung di Cerita Tak Panjang 'Aiman Sulaiman' dan bersambung pula di Alkisah Disebuah Kolej)

Idzmin Qhariri pula bekerja di kantin Balai Polis. Inspektor Kaliman menganggap Idzmin Qhairiri seperti seorang saudara kecilnya. Dia perlukan bantuan dan bercadang berkhidmat di kantin.

Walaupun masing-masing sudah ada kerjaya, mereka saling menghubungi untuk bertanya khabar setiap hari di group whatsapp yang di'create' oleh Udin Kurik sendiri dan diberi nama Pacita. Pacita tercipta kerana selepas memberi salam mereka akan menghantar pacita sebagai ayat permulaan untuk mereka saling bertanya khabar.

Pacita=Apa cerita?

-Habis dohh-

PacitaWhere stories live. Discover now