Bahagian 16

495 24 4
                                    

" Betul encik, dia nak rogol perempuan tu ", Inspektor Kaliman mengangguk. Bersandar dia ke kerusi sambil ditangannya mengetis habuk rokok. Udin Kurik disoal siasat atas kes cabul didalam teksi. Alaina Nasir terhutang budi. Dirinya terselamat dari dicabul malah diselamatkan oleh Udin Kurik. Pasti dia dianggap hero bagi Alaina Nasir. Ada peluanglah Udin Kurik untuk menjalani perhubungan dari hati ke hati dengan wanita setelah sekian lama tiada cinta dihatinya.

" Sebentar tadi awak ada bagitahu yang si pencabul tu ada offer awak untuk join mencabul bersama kan?"

" Ya, Encik "

" Nasib baik awak baik?"

" Terima kasih atas pujian Encik. Susah nak kawal perasaan saya encik. Dia siap tabur bunga kot kat salam teksi. Dah macam nak honeymoon. "

" Macam nak honeymoon? "

" Macam nak honeymoon." Jawab Udin Kurik sambil bergegar.

Sementara itu, Alaina Nasir duduk menangis teresak-esak diluar. Pegawai polis yang lalu dihadapannya tidak ambil peduli. Itu mungkin perkara biasa bagi mereka melihat mangsa menangis, cemas, meronta-ronta dan lain-lain lagi.

" Awak okay tak ?", Terkejut Alaina Nasir dengan pertanyaan secara tiba-tiba itu. Dia terus mendongak.

" Nama saya Mazlan ", Tangan Mazlan menghulurkan tisu.

"Err saya okay. Alaina ", Alaina Nasir menjawab soalan lantas memperkenalkan dirinya dalam keadaan kalut.

Setelah Alaina Nasir mengambil tisu yang diberi, Mazlan terus ditolak dari belakang oleh pegawai polis.

" Jalan! saya cakap jalan!", tengking pegawai polis itu. Mazlan ketakutan kerana dikepalanya diacukan sepucuk pistol.

" Nak humban kami ke lokap pun kena pakai pistol ke tuan", kata Aiman Sulaiman dengan mukanya sedikit bengis. Mazlan dan Idzmin Qhariri memandang Aiman Sulaiman yang lagak gayanya seperti gengster. Belum pernah lagi mendengar Aiman Sulaiman berbahasa begitu. Tercengang Idzmin. Mazlan kini tersenyum dengan Aiman Sulaiman yang kini sudah keluar dari tempurung. Kalau tidak sebelum ini berada dalam telunjuk ayahnya berbahasa yang tepat tatabahasanya.

" Aku bangga dengan kau, Aiman. Aku bangga !", Mazlan menepuk belakang Aiman Sulaiman berkali-kali. Pegawai polis terus membawa mereka ke lokap. Tidak lama kemudian Udin Kurik keluar dari bilik siasatan. Dia pergi mengambil  tisu dan terus mendapatkan Alaina Nasir yang masih menangis atas kejadian yang menimpanya.

" Takpa, takpa. Saya dah ada tisu ", Alaina Nasir menolak pemberian Udin Kurik. Sedikit hampa Udin Kurik. Lalu dia bertanya

" Daripada mana awak dapat tisu?"

" Ada sorang lelaki yang beri saya tisu."

" Siapa lelaki tu yang bagi awak tisu?"

" Mazlan tisu."

" Mazlan tisu? Mazlan si penjual tisu ke dalam balai ni?"

" Tak la. Dia sebut Mazlan je ",

Udin Kurik terkejut kecil. Diwajahnya ingin tahu lebih lagi mengenai insan yang bernama Mazlan itu. Dia tak rasa itu Mazlan random.

" Dia ada dua orang lagi dengan dia. Yang sorang tu tak pakai baju. Em sedap badan dia ",

Udin Kurik dah tau siapa dan tidak mempedulikan Alaina Nasir memberitahu details mengenai badan Idzmin Qhariri malah terus bertanya di bahagian kaunter. Alaina Nasir buntu melihat Udin Kurik yang tiba-tiba saja kalut.

PacitaWhere stories live. Discover now