Bahagian 11

513 31 3
                                    

" Terima kasih Khai, terima kasih Helmi, sorry susahkan korang", Idzmin Qhariri menutup pintu kereta. Sampai sudah mereka di terminal bas lama. Kebetulan tadi terserempak kereta Helmi, apa salahnya minta pertolongan daripada orang sekampung. Kalau tidak berjalan kaki laa diorang daripada terminal baru ke terminal lama.

" Ehhh apa yang susahnya, kitakan sekampung. Tak salah bantu-membantu ", kata Helmi.

" korang ni daripada mana ?", soal Mazlan.

" dari carwash abang Mansur tadi", jawab Khai.

" korang buat apa situ ?"

" Cari pendrive "

" korang cari berapa GB punya?"

" tak, yang korang bangang sangat ni kenapa? dah tau aku pergi carwash, pergi cuci kereta laa!", tengking Helmi. Mazlan terdiam. Udin Kurik mahu menangis.

" Korang nak kemana ni? smart semacam je ", celah Idzmin Qhariri tiba-tiba bagi menghalang suasana dingin.

" kami nak ke Selangor, lawat si Khalid ", jawab Khai.

" okey, hati-hati bawak kereta ", Idzmin Qhariri mematikan perbualan. Lalu mereka saling melambai tangan. Kereta Exora berwarna maroon itu pun berlalu pergi. Mereka membuka langkah memasuki kawasan terminal.

" Kita cari bas Retrobus, selesa pun selesa, laju pun laju ", kata Aiman Sulaiman.

" Haa tu dia!", Udin Kurik menunding jari ke arah kaunter pembelian tiket bas Retrobus. Mereka gerak ke situ.

" Sudah-sudah laa main dumbbell tu bang oi ", Sampai saja di kaunter, Idzmin Qhariri menegur pekerja di kaunter tiket Retrobus.

" Ya dik, nak kemana ?", tanya Abang dumbbell. Dumbbell nya diletak ke bawah.

" kami nak tiket bas ke Selayang", pinta Mazlan.

" okay berapa orang?"

" kami ada 4orang. Mintak yang berbumbung ya?".

" emm bas kami semua berbumbung, dik".

" okay cun. Kena masuk pintu nombor berapa ya nanti"

" Kau ni nak naik bas ke nak tengok bola??! kau ingat ini stadium Bukit Jalil??", Tengking abang Dumbbell. Merah padam muka beliau.

" Macam ni laa bang. Biar saya settlekan. Movie apa yang ada buat masa terdekat ni?", Idzmin pula buat hal.

" Kau ingat ini GSC? TGV? macibai laa lu !!!", marah lagi Abang dumbbell. Nak saja libas dumbell ke kepala 4 sahabat itu. Beliau terus mengeluarkan 4 tiket ke Selayang pukul 11:30am. Mereka tidak bergurau lagi. Masing-masing keluar duit bayar ke Abang dumbbell. Kini tiket bas ke Selayang berada di genggaman.

PacitaWhere stories live. Discover now