Kassim Hoilan menampar hon keretanya berkali-kali. Bukan Kassim Hoilan saja malah Pablo Muzakir juga buat benda yang sama memarahi Mazlan yang berjalan ditengah jalan raya itu. Mazlan hilang arah. Dia menjadi gila sehingga dia berjalan ditengah-tengah jalan raya yang besar dan dipenuhi kereta lalu-lalang. Langkah Mazlan lemah longlai. Sekejap kekiri sekejap kekanan mengganggu trafik disitu. Sikit lagi nak terkena lori. Ini semua salah Udin Kurik meninggalkan Mazlan dan lari bersama Alaina Nasir. Mazlan menjadi gila kerana tak mampu berfikir untuk menyelesaikan masalahnya sendiri tinggalkan Aiman dan Idzmin yang masih di lokap. Udin langsung tak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.
Tiba-tiba Mazlan terpijak batu kelikir yang bertaburan di tengah jalan raya. Dia tergelincir ke jalan belah kanan. Kemudian, Mazlan dirempuh kereta viva berspotrim kuning emas dari belakang. Apalah nasib dah la gila kena langgar kereta viva pula.
Idzmin Qhariri masih lagi tidak berbaju. Matanya redup saja memandang Inspektor Kaliman yang berdiri dipenjuru yang gelap. Idzmin disoal siasat lagi oleh Inspektor Kaliman. Walaupun dalam keadaan gelap Idzmin nampak pergerakan disitu dengan bantuan sebiji mentol yang berada betul-betul diatas kepalanya.
Aiman pula terbaring di lokap. Mengharap sesuatu keajaiban berlaku. Dia berharap dapat keluar dari lokap ini tanpa pengetahuan dari ayahnya. Mati kalau ayah dia yang bersifat patriotism tu tahu anak dia masuk lokap. Dum! Tiba-tiba pintu lokapnya dibuka. Kelibat seseorang masuk kedalam lokap Aiman Sulaiman dalam gerak perlahan.
" Awak rasa betul ke apa yang saya buat?", soal Udin Kurik sambil menyedut air kotak kundur yang dibeli distesen minyak Petronas tadi.
" Awak buat benda yang betul. Jangan risau" Jawab Alaina Nasir.
Udin Kurik mengangguk kecil.
YOU ARE READING
Pacita
Adventure" Merantaulah nak sementara umur masih muda " - Harun89 " Pergi tengok kehidupan kat negeri orang sana " - Abu Shandong " Cari pengalaman. Banyak topik berbual dengan anak-anak kau nanti " - Guljar " Ilmu dan pengalaman adalah sesuatu yang berharga...