Udin Kurik hanya mendiamkan diri di belakang. Melihat permandangan di luar. Hatinya berasa hairan juga kenapa di lantai teksi ini banyak kelopak bunga bertaburan. Setiap penjuru siling kereta pula ada kamera kecil, saiznya lebih kurang sebesar deodorant Nivea anti-perspirant dry comfort.
Udin Kurik berasa power juga vibe teksi hitam yang dibawa driver Mat Salleh ni. Boleh jadi banyak tonton filem Dakota Johnson dengan Jamie Dornan. Tambah pula dengan bauan ambi pur yang dilekat di jendela penghawa dingin. Udin Kurik berasa terlalu selesa sehingga hatinya mula tak selesa.
Perjalanan Udin Kurik terhenti seketika. Driver Mat Salleh menaikkan handbrek dan menoleh ke belakang. Udin Kurik pelik.
" Ya, naks kemanew ?", pelat Driver Mat Salleh jelas didengar. Pelat itu tak menganggu Udin Kurik. Soalan itu yang membuatnya hairan.
" KIPSAS ", Lunak suara yang menyahut di luar tingkap teksi. Udin Kurik menoleh. Rupanya Driver Mat Salleh mengambil penumpang lain. Seorang gadis.
Si Gadis itu membuka pintu. Sempat memberi senyuman kepada Udin Kurik sebelum mengambil tempat disebelah. Udin Kurik agak terganggu dengan pemakaian tight hitam dan ber-Tshirt saiz sederhana begini.
" Fuhh, baekkk ", hati kecil Udin Kurik berbisik. Driver Mat Salleh turunkan handbreak lalu masuk gear dan menghentam minyak, meneruskan perjalanan.
Si Gadis pula berasa aneh dengan keadaan di dalam teksi ini. Dibelek-belek semua penjuru. Udin Kurik sekali lagi terganggu. Tiada area yang patut Udin Kurik fokuskan kerana semua penjuru memberi vibe romantik.
" Mat Salleh ni memang sial". Udin Kurik berasa Driver Mat Salleh seperti ada agenda tersendiri mengambil penumpang berlainan jantina dalam satu perjalanan. Dalam teksi yang cemerlang dengan 'vibe' romantik begini pula lagilah bermain dengan perasaannya.
" Encik! Encik! kat sini! kat sini!" Alaina Nasir teriak kepada Driver Mat Salleh.
Teksi hitam berhenti secata mengejut.
Alaina Nasir mengukir senyuman destinasinya sudah tiba. Bagnya diambil dan diseluk mencari wang tambang.
" Takda duit kecil laa, Sir ", Alaina Nasir buntu.
" It's ok! it's ok! This is special taxi. Teksi ini adalah satu-satunya teksi yang boleh buat perundingan lain jika awak tak dapat membayar tambang ", Jelas Driver Mat Salleh. Fasih pula Driver Mat Salleh bila terang pasal perancangan sebenar Fake Taxi. Mungkin dah latih banyak kali di Google Translate.
Udin Kurik dan Alaina Nasir sama-sama mengangkat kening.
" Saya nak awak buat 'something'. Nampak tak cctv di atas? mari kita buat satu video. Saya janji muka awak akan di'censored'kan. Jadi bila semua dah settle. Tambang awak sudah terbayar ", Driver Mat Salleh tersenyum-senyum sambil mengunci pintu.
Udin Kurik serta-merta rasa tercabar dan tertanya-tanya dalam satu masa. Video apa? Censored? What the fakh is that?
" Awak pun boleh join sekali ", kata Driver Mat Salleh kepada Udin Kurik. Perasaan Udin Kurik bertambah lagi. Dari rasa tercabar, ingin tahu dan kini bersetuju walau tak faham apa benda Mat Salleh ni nak. Vibe teksi hitam benar-benar merasuk.
Udin Kurik sakit kepala dan Alaina Nasir berkali-kali cuba membuka pintu.
YOU ARE READING
Pacita
Adventure" Merantaulah nak sementara umur masih muda " - Harun89 " Pergi tengok kehidupan kat negeri orang sana " - Abu Shandong " Cari pengalaman. Banyak topik berbual dengan anak-anak kau nanti " - Guljar " Ilmu dan pengalaman adalah sesuatu yang berharga...