Habis sahaja buletin utama di tv3, Mazlan melangkah kaki keluar dari rumah. Beliau berbaring di luar melihat bulan dan mengambil angin malam. Jam menunjukkan tepat pukul 9 malam. Di dapur pula Mak Bah ralit memerhati Mazlan. Mak Bah menegur anaknya dari tingkap.
" kot ye pun nak baring kat halaman rumah, bentang lah tikar mengkuang mak tu "
" hehehe, terlupalah mak ", Mazlan tersengih-sengih. Beliau bangkit menepuk debu di punggungnya lalu mencapai tikar mengkuang yang terletak di bawah tangga.
" kau ingat stylo baring kat tanah camtu ?", tambah Mak Bah lagi. Menyesal beliau tidak melentur Mazlan dari rebung lagi. Semakin besar semakin bebal. Mak Bah terus sambung mengupas bawang.
Mazlan pun membentang tikar di tempat yang sesuai untuk menikmati permandangan bulan. Kakinya dijulur ke arah jalan. Mazlan terus merebahkan kepala. Ini masa yang sesuai untuk Mazlan mengosongkan mindanya. Mula merancang strategi masa depan supaya beliau maju dan menjadi insan yang berguna untuk masyarakat.
15 minit berlalu. Macam-macam yang dirancang Mazlan. Lehernya lenguh memandang bulan. Mazlan memusingkan badan menghadap rumah. Beliau terkejut. Udin Kurik turut baring di sebelah.
" kau buat apa kat sini ?", Mazlan tertanya-tanya.
" mintak maaf Mazlan, saya dah lama berbaring kat sebelah awak ni. Bersalah pula nak tegur Mazlan yang sedang asyik melihat bulan ni ", Udin Kurik menjawab lembut.
" laaa, kenapa kau tak bagitau, tu kenapa motor kau ada kat rumah Pak Osman tu ?", Mazlan menjuir bibirnya ke arah motor Udin Kurik.
" saya parking kat situ, taknak laa awak dengar motor saya melintas rumah awak. Risau menganggu pula ", jawab Udin Kurik lagi.
Mazlan bangkit duduk bersila. Udin Kurik menyertai. Alang-alang ada teman berborak, Mazlan terus menyatakan plannya untuk merantau. Tak best la kalau sorang je yang merantau. Jadi, Mazlan menjemput Udin Kurik join untuk merantau keluar dari kampung. Mazlan juga mengajak Izdmin Qhariri. Disebabkan idea ini daripada Idzmin Qhariri asalnya. Tak lupa juga Aiman Sulaiman. Beliau juga terlibat di dalam plan Mazlan ini.
" alang-alang kau kat sini, aku ajak kau join aku sekali. Minggu depan start. Kita merantau !", Mazlan bersemangat.
" wah, terima kasih Mazlan. Saya pun berbesar hati nak join merantau ", Udin Kurik kelihatan bersetuju.
" ingat janji kita ! minggu depan!", Mazlan bersemangat lagi.
YOU ARE READING
Pacita
Adventure" Merantaulah nak sementara umur masih muda " - Harun89 " Pergi tengok kehidupan kat negeri orang sana " - Abu Shandong " Cari pengalaman. Banyak topik berbual dengan anak-anak kau nanti " - Guljar " Ilmu dan pengalaman adalah sesuatu yang berharga...