Bahagian sembilan

533 31 2
                                    

Mazlan duduk di seat hadapan sekali. Dari kedudukannya, Wajah bengis Pak Mat boleh dilihat dari belah kiri. Mazlan teringat tegurannya tadi kepada Pak Mat mengenai insiden Pak Mat terlanggar Khalid, anak Mak Leha. Sebelum menjadi drebar bas, kerja Pak Mat ialah Pemandu lori. Disebabkan insiden itu, Pak Mat dibuang kerja. Pak Mat kini berwajah bengis, jauh lari dengan wataknya sebelum ini. Peramah, selalu senyum dan baik orangnya. Mungkin selepas kejadian langgar Khalid, orang kampung menyalahkan dia.

" Kau pandang apa, Lan ?", Teriak Pak Mat dari depan. Matanya merenung tajam ke arah Mazlan melalui cermin depan. Mazlan yang sedang asyik memandangnya terkejut.

" Pakcik tak sengaja langgar dia. Dia pun satu, nak mengembara sekali pun tak payah jalan tengah jalan ", Kata Pak Mat lagi. Dia menceritakan hal sebenar yang tak dapat diterangkan kepada orang kampung. Khalid masa tu juga merantau seperti Mazlan sekarang. Keluar mencari pengalaman di perantauan. Namun nasib malang yang berlaku.

" Lan, kita ni merantau. Tapi hala tuju kita sebenarnya nak ke mana ni ?", tanya Idzmin Qhariri dari seat belakang. Di sebelahnya Aiman Sulaiman sedang diulit mimpi.

" Hermm, macam ni. Kita pergi dulu terminal, pastu kita pilihlah tempat mana yang best ", Kata Mazlan. Perancangan takda hala tuju itu membuat Idzmin Qhariri dan Udin Kurik bingung.

" alang-alang korang nak merantau, pergi laa melawat si Khalid tu ", Pak Mat mencelah.

" Betul tu. Khalid tu orang kampung kita. Dia lepak kat hospital mana ye Pak Mat?", Tanya Mazlan.

" Hospital Selayang ".

Mereka bersetuju. Destinasi mereka yang pertama ialah Hospital Selayang, Selangor.

PacitaWhere stories live. Discover now