PRONOLOG

123 3 0
                                    

"Wei Tehah, macam mana kita ni?"soal Nur Aishah kepada sahabatnya Nur Fatihah.
" Maksud Cah?"soal Nur Fatihah pula sambil menggaru kepalanya yang tidal gatal.
"Yalah, nanti mana kira nak pi lepaih ni? Taklan nak terperap kat sini ja..." Nur Aishah mengeluh perlahan. Nur Fatihah hanya merhati sebelum dia juga mengeluh.
"Kawan- kawan kita yang lain semua da ada perancangan depa. Kita ja yang tak dak," sambung Nur Aishah.
"Kalau ikutkan memang Tehah nak pi sampai UiTM, tapi result macam tak gempak ja," tungkas Nur Fatihah.
"Tu sebab kita banyak sangat main kot? Bila yang kita serius? Time periksa pun kira dok main-main lagi," ujar Nur Aishah aebelum tertawa kecil. Nur Fatihah turut ketawa bersama sahabatnya.
Nur Fatihah tersedar daripada lamunannya apabila itik kesayangan ayahnya bersuara nyaring. Nur Fatihah beristifar perlahan kerana terkejut.
"Tak guna punya itik ang! Terkejut aku! Nasib aku tak dak heart attack, kalau ada dah lama aku jalan," Nur Fatihah memarahi angsa kesayangan ayahnya.
"Kalau bukan sebab tuan hang, memang aku tangkap sembelih. Buat satay walaupun aku tak makan daging itik," sambungnya. Nur Fatihah kembali termenung di kerusi di ruang hadapan rumahnya. Ingatannya kembali kepada sahabatnya.
"Ya Allah, sesungguhnya aku merindui sahabatku itu," ujar Nur Fatihah sebak. Nur Aishah telah dua tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.
"Allah, aku lupa nak tanak nasi. Mampus aku dengan mak," kelam kabut Nur Fatihah masuk ke dalam rumah. Nur Fatihah berlari anak menuju ke dapur.

Semanis CoklatWhere stories live. Discover now