Setahun berlalu...
Kisah cinta antara Aliff Zaqwan dan NurulAin telah tersebar sehingga semua penuntut tahu akan cinta mereka. Aliff Zaqwan tanpa segan menunjukkan rasa cintanya pada NurulAin. Mereka selalu meluangkan masa bersama. Rasa cinta antara mereka semakin mekar mewangi dalam taman hati mereka. ( ya di situ ada ayat hiperbola....). Namun dalam kebahagiaan mereka ada yang iri hati akan hubungan ini. Mazwani cuba untuk memutuskan hubungan yang suci ini. (suci la sangat....→_→) .
Pada petang ahad Aliff Zaqwan dan NurulAin berjumpa sebab nak date. Ye la tengah bercintakan.... -_- . Jadi mereka set masa dan tempat untuk berjumpa. Setelah semua dipersetujui, maka tiba lah hari yang dinanti oleh pasangan yang sedang bahagia ini.
Aliff Zaqwan menunggu di tempat yang dijanjikan iaitu di KLCC. Panjang lehernya mencari kelibat yang di sayangi di balik kerumunan maknusia. Wajah yang dicari tidak kelihatan lalu tangannya menyeluk poket dan mengeluarkan talifon bimbitnya. Jari jemarinya menaip sesuatu di handphone nya.Aliff-- assalamualaikum sayang. Sayang da smpai ke??
SENT
Selepas 30 saat handphonenya berbunyi tanda mesejnya dibalas.Nurul-- Ain dah smpai. Cma sbrang jln je. Ain bley nmpak abg. cri ain ye...
Aliff Zaqwan memanjang lehernya lagi memandang seberang jalan. Kelihatan NurulAin sedang melambaikan tangan kearahnya. Aliff Zaqwan tersenyum memandang kekasih hatinya.
Aliff-- yela... cri syg le. rindu.😙
Nurul--abg tungu jap. kereta banyak. Jp g kta jumpa ye...hehehe....Aliff Zaqwan ketawa setelah membaca mesej NurulAin. Aliff Zaqwan melambai kearah NurulAin. NurulAin membalas sambil tersenyum.
Lampu jalan telah bertukar menjadi merah. Kenderaan yang berpusu melalui jalan itu berhenti di traffic light. Seraya itu pejalan kaki mulai mengorak langkah menyeberang sungai kenderaan. NurulAin bergerak mendahului kumpulan orang ramai meyeberang. Tiba-tiba kereta yang tadinya berhenti meluncur laju menuju kearah NurulAin.
" AIN!!!!!!!"Jerit Aliff Zaqwan namun tidak dapat menyelamatkan kekasihnya yamg dilanggar. Tubuh NurulAin terbang tinggi sebelum menghempas tanah. Darah membuak-buak keluar daripada tubuhnya. Kereta yang melanggar NurulAin meluncur laju meninggalkan tempat kejadian. Aliff Zaqwan merlari mendapatkan tubuh NurulAin yang terbaring lemah ditengah jalan raya.
"Ain.. sayang... sabar sayang bertahan," ujar Aliff Zaqwan sambil memangku kepala NurulAin.
"Sesiapa tolong call ambulan. Tolong..." rayu Aliff Zaqwan kepada orang ramai. Seorang lelaki segera mendail 999 meminta bantuan.
"Sayang hang on.. please... don't leave me. Honey please. Sayang... speak with me..."rayu Aliff Zaqwan.
"Abang...Ain... min...tak...maaf...se...pa..tutnya...hari...ni...h..hari...baha...gia.... k...k....ki...kita. m..ma...maaf...," ujar NurulAin lemah sebelum matanya tertutup rapat.
"Sayang, wake up. Honey don't do this to me. Please...." rayu Aliff Zaqwan namun sia sia kerana NurulAin telah pergi menghadap illahi. Air matanya mengalir laju menangisi pemergian orang tersayang. Tubuh kaku NurulAin dipeluk erat enggan melepaskannya pergi. Pegawai perubatan sampai di tempat kejadian namun sudah terlambat.
"AAAAIIIIIINNNNNNNN!!!!" jerit Aliff Zaqwan melepaskan kesedihannya. Matanya sembab dengan air mata.

ANDA SEDANG MEMBACA
Semanis Coklat
AcakSinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Ma...