BAB 18

13 0 0
                                    

Aliff berjalan laju menuju ke Alisya Coco. Senyumannya tak lekang di bibirnya. Loceng berbunyi selepas pintu Alisya Coco ditolak dari luar. Matanya meliar memcari kelibat yang dirinduinya. Tehah kelihatan sedang melayan pelanggan. Perlahan Aliff mendekati Tehah yang sedang leka dengan kerjanya. Aliff berdiri tegak di belakang Tehah yang masih tidak sedar akan kehadiran Aliff.
"WARGGHHH!" Tehah terjerit kecil terkejut melihat Aliff berdiri di belakangnya. Aliff mengekek ketawa. Namun tawanya terhenti selepas terpandang wajah Tehah yang agak pucat.
"Tehah kenapa pucat ni. Tehah tak sihat ke?" soal Aliff risau.
"Tehah ok la. Cuma rasa tak sedap badan ja. Wan jangan risau.Tehah ok," ujar Tehah sambil tersenyum mesra.
" Betul ni?" soal Aliff Zaqwan lagi. Hatinya dipagut rasa risau nelihat si pujaan hati tidak sihat. Tehah menganggukkan kepala mengiakan.
"Ai... mai ni pasai pa? Selalu dok tanya pasai Kak Lisya. Hari ni mai diam ja. Awat? Rindu Tehah ka?" ujar Tehah denfan niat untuk mengusik Aliff Zaqwan. Aliff Zaqwan tersenyum mendengar kata-kata Nur Fatihah.
" Kalau ye, kenape? Tehah rindu Wan jugak ke?" soal Aliff Zaqwan kembali. Tehah menjeling tanda protes.
"Ish... tak da masa nak rindu dia. Banyak kerja lain yang boleh nak dibuat," balas Nur Fatihah.
"ala... Tehah tak rindukan Wan. Baru nak ajak Tehah pergi dating," ujar Aliff Zaqwan dengan nada seakan merajuk. Nur Fatihah membuat mimik seperti ingin muntah.
"Banyak le Wan punya dating. ni kedai sapa nak jaga? Pi main jauh jauh,"
"amboi... menghalau.. cik Tehah sayang sekarang ni waktu lunch. jom le makan.. nanti sakit. Lagi pun ada ramai pekerja,"
"Malas..." balas Nur Fatihah sambil berlalu meninggalkan Aliff Zaqwan. Namun langkahnya diekori oleh Aliff Zaqwan.
" Anak dara apa ni nak makan pun malas.. " ujar Aliff Zaqwan perlahan namun dapat didengari oleh Nur Fatihah.
"Ala jom la...  Sekurang kurangnya temankan Wan..  Lisya tak de.  Makn dengan boyfriend dia. Jom la, " Aliff Zaqwan masih cuba untuk memujuk Nur Fatihah.  Nur Fatihah membuat mimik muka menyampah sebelum melepaskan helaan nafas yang berat.
"Baik tuan.  Jap nak mintak tolong orang tengokkan kedai.," akhir Nur  Fatihah mengalah. Tersinggung senyuman di bibir Aliff Zaqwan mendengar kata kata Nur Fatihah.
"Ha...  Macam tu la.  Terima kasih.  Wan tunggu Tehah kat luar eh.. " ujar Aliff Zaqwan lembut. Nur Fatihah mengangguk lemah. Aliff Zaqwan berjalan meningalkan Nur Fatihah yang masih memerhatikan langkahnya meninggalkan Coco Alisya.
"Nasib la jumpa dengan Mamat ni. Aku tak berapa ada selegha ni.  Alahai..  Nasib hang hensem Wan oi...  Kalau dak memang tak dapat le, " gumam Nur Fatihah sendirian.  Langkah kaki dihayun menuju ke kaunter untuk memberitahu pekerja yang lain akan ketiadaannya.

Semanis CoklatWhere stories live. Discover now