Suasana penuh dengan kesibukan dunia ( ayat x bley blah) . Aliff Zaqwan duduk restauran di mana dia bertemu dengan Ayah Hashim. Aliff Zaqwan menyisip kopi panas yang telah dipesannya 30 minit yang lepas. Matanya pula hanya memandang telefon pintarnya. Sesekali Aliff Zaqwan memandang sekeliling mencari adik perempuannya Alisya Zahara.
"Ish.... mana Lisya ni. Lambatnya. Air da nak habis ni," ujar Aliff Zaqwan. Tangannya segera mengapai talifon pintarnya.
Lisya lmbat lagi ke?- Aliff Zaqwan
Kejap. Lisya nk jumpa dgn Tehah. - Alisya Zahara
Tehah? Siapa tu?- Aliff Zaqwan
Ala anak ayah Hashim... kmi janji nk jumpa. Lagi 2 minit. Aliff tunggu eh...- Alisya Zahara.
Ok... nnti da habis Lisya call. Aliff nk jalan-jalan jap...- Aliff Zaqwan.
Ok...-Alisya Zahara.Aliff Zaqwan memasukkan talifon bimbitnya kedalam poket seluar. Kemudian menghabiskan baki air sebelum bergerak menuju ke kaunter untuk membayar. Tiba-tiba...
Buk..
Aliff Zaqwan terlanggar seseorang ( sebab pendek sangat- aras bahu dia je). Aliff Zaqwan ok je tapi orang yang terlanggar tu jatuh terduduk.
Perempuan? Ok ke tak ni.
Hati Aliff Zaqwan terdetik.
" Aduh, patah tulang bontot aku," ujar gadis itu. Aliff Zaqwan membongkokkan tubuhnya lalu menghulurkan tangannya.
" Maafkan saya," ujar Aliff Zaqwan dengan rasa bersalah. Gadis di hadapannya mendongak lalu mata mereka bertentangan.
'Uiks.... comel la awek ni. Tembamnye pipi dia,' sekali lagi hati Aliff Zaqwan terdetik. Wajah tembam gadis itu menjadi tatapan matanya ( metaflora betul la...layan je la...) . Alis matanya bulat membuatkan sesiapa yang memandang susah nak alihkan mata mereka. Pipi tembam itu melonjakkan keinginan untuk mencuit pipinya.
" Maaf cik. Cik tak apa-apa?" soal Aliff Zaqwan lembut. Gadis itu terkial-kial bangun. Huluran tangan Aliff Zaqwan dibiarkan sepi.
" Tak, saya ok je. Maaf terlanggar. Saya kelam kabuit tadi. Tak peghasan encik dok depan," ujar gadis itu.
" Alamak... maaf encik. Saya kena pi cepat. Saya dah lambat tak sangga da ni. Sekali lagi saya mintak maaf no," ujar gadis itu sebelum pergi meninggalkan Aliff Zaqwan.
Aliff Zaqwan tertawa melihat perangai gadis tadi.
" Alahai... comelnye. Harap-harap nanti jumpa lagi ye si comel..." Aliff Zaqwan teruskan perjalanannya menuju ke keretanya.***************************
Nur Fatihah berjalan pantas menuju ke kedai yang dinyatakan oleh bakal bosnya.
" Uish.... mamat tadi hensem bah. Tergugat iman den. Nasib dan kontrol kegilaan aku. Kalau dak memang malu huduh le aku," Nur Fatihah membebel seorang diri.
" Kak Lisya kata tang ni kedai dia. yang mana ntah?" matanya memerhatikan kedai di sebelah kanannya satu demi satu. Tiba-tiba matanya menangkap sebuah rumah kedai yang masih dalam pembaikpulih.
'Yang tu la kot,' kata Nur Fatihah dalam hati. Kakinya diarahkan menuju ke rumah kedai tersebut. Apabila dia sudah sampai, Nur Fatihah menjeguk ke dalam rumah kedai tersebut mencari kelibat seseorang.
' yang mana satu kak Lisya?' soal hatinya.
" Assalamualaikum. Cik ni cari siapa?" soal gadis yang tiba-tiba muncul di sebelanya.
" Mak hang jatuh..." latah Nur Fatihah sebelum tangannya pantas menutup mulutnya. Alisya Zahara menahan tawanya.
" Ma...ma...af... c....cik... ni.... k..kak....Li.....Lisya ...k...ke..
? " soal Nur Fatihah tergagap kerana masih terkejut.
"Ye. Cik ni Tehah ke? Anak Ayah Hashim? " soal Alisya Zahara pula. Nur Fatihah menganggukkan kepalanya. (Ayat mintak kaki...-.-ll.)
" Oh.. comel lah Tehah ni. Geram akak," ujar Alisya Zahara sambil mencubit geram pipi tembam Nur Fatihah.
"Aduh, sakit la akak. Kak Lisya cubit makin gemuk la pipi Tehah," ujar Nur Fatihah sambil cuba melepaskan pipinya daripada Alisya Zahara. Tangan Alisya Zahara melepaskan pipi Nur Fatihah.
" Maafkan akak. Geram sangat dengan pipi Tehah. Tak tertahan pulak," ujar Alisya Zahara sambil tertawa lembut. Nur Fatihah menggosok pipinya yang pedih dek dicubit.
" Tak pa. Memang selalu kena. Sebab tu pipi ni boleh gemuk lagu ni," ujar Nur Fatihah sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya di sebelah kanan.
"Ala... kesiannya. Tak pe lepas ni biar akak cubit sape yang cubit pipi Tehah. Tapi Tehah kena bagi upah le..." ujar Alisya Zahara sambil tersenyum nakal.
"Apa upahnya?" soal Nur Fatihah sambil dahinya berkerut.
" Kak Lisya boleh cubit pipi Tehah," mata Nur Fatihah membulat mendengar kata-kata Alisya Zahara.
" Ala... kalau macam tu sama je la keputusannya. Pipi Tehah tetap makin kembang," ujar Nur Fatihah manja. Alisya Zahara letaqa mendengar kata-kata Nur Fatihah.
" Boleh tak ni?" soal Alisya Zahara.
" Nak buat macam mana ... teghima la nasib ini... ok... Tehah teghima syarat yang di kenakan kak Lisya," ujar Nur Fatihah.
" Dah... jom kita ke kedai sana. Kita bincang sikit kat sana sambil makan dan minum,"
"Ok. After you boss," ujar Nur Fatihah. Mereka berjalan menuju ke kedai tersebut.

YOU ARE READING
Semanis Coklat
AcakSinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Ma...