Bermula saat itu hati mula berbicara. Aliff Zaqwan mulai mengenali hati budi NurulAin. Hubungan mereka semakin rapat kerana mereka sering berjumpa. Suatu hari Aliff Zaqwan tidak dapat menahan rasa lalu meluahkan rahsia hatinya yang di pendam selama ini.
"Ain, abang Far ada benda yang ingin abang luahkan," ujar Aliff Zaqwan gugup.
"Apa yang abang Far nak cakap? Macam penting aje,"
"Sebenarnya dah lama abg Far rasa tapi abang Far takut nak beritahu, takut Ain menolak. Tapi abang rasa abang patut beritahu Ain. Abang rasa tak tahan lagi dan Ain patut tahu," jelas Aliff Zaqwan panjang lebar. Entah kenapa hati NurulAin berdebar-debar menanti ucapan yang bakal keluar dari bibir lelaki itu.
" NurulAin, sejujurnya saya Aliff Zaqwan telah jatuh cinta akan mu. Hati ini telah dicuri oleh Ain sejak hari pertama kita bersua," ujar Aliff Zaqwan lancar.
" Abang Aliff sebenarnya Ain pun rasa benda yang sama. Dah lama... tpi Ain takut untuk luahkannya sebab Ain takut abang dah ada yang punya," balas NurulAin beserta air mata yang mengalir laju di pipinya. Aliff Zaqwan terkedu mendengar kata-kata yang di luahkan oleh NurulAin. Jari kasarnya menyentuh lembut pipi NurulAin menyeka air matanya.
"Betul ke apa yang Ain katakan tdi?" soal Aliff Zaqwan x percaya. NurulAin mengangguk laju.
" Ya Allah, Ain abang rasa macam nk terbang je tau x? I didn't expect this. So would you be my girl?" soal Aliff Zaqwan penuh debar.
" Yes!!" ujar NurulAin sambil menganggukkan kepalanya tanda setuju.
" Yahoo!!! Thanks honey. I'll treasure u. Im promise," ujar Aliff Zaqwan teruja sebelum sambung menjerit dan melompat. NurulAin ketawa mengekek melihat keletah Aliff Zaqwan yang sebelum ini sangat cool sekarang seperti kanak-kanak yang baru dapat gula-gula.
YOU ARE READING
Semanis Coklat
AcakSinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Ma...