BAB 9

22 0 0
                                    

Lamunan Aliff Zaqwan terhenti di situ. Telinganya menangkap suara azan maghrib. Matanya yang basah dengan air mata dikesat lembut.
"Ain.. i miss you so much,"ujar Aliff Zaqwan perlahan. Kata-kata itu hanya terdengar di telinganya sahaja.
" Baik aku mandi dan solat. Nanti terlepas pula," ujar Aliff Zaqwan lalu bangun. Tangannya mencapai tuala yang tersangkut di birai katilnya lalu kakinya dihayun ke arah bilik air.
Sesudah mandi dan mengambil wudhuk sejadah di bentang takbir diangkat solat didirikan. Selepas memberi salam tangan di tadah dan doa dipohon. Aliff Zaqwan melipat sejadah lalu menukarkan pakaiannya sebelum turun untuk makan malam bersama Alisha Zahara.
Tepat pukul 10 malam pintu bilik Aliff Zaqwan terbuka. Terpancul wajah kacaknya di balik daun pintu. Pintu ditutup rapat lalu Aliff Zaqwan merebahkan diri diatas katil. Entah mengapa ingatannya kembali pada kisah cintanya. Jika cinta pertama terkorban dan mengundang air mata cinta keduanya pergi membawa malu dan sengsara. Wajahnya segera bertukar menjadi bengis. Dada nya berombak keras menahan amarah di hati.
"Mazwani," timbul satu nama yang membawa sengsara kepada dirinya dan keluarga.

Semanis CoklatWhere stories live. Discover now