Setahun berlalu... masalah tekanan emosi yang melanda Aliff Zaqwan. Hubungannya antara keluarga juga semakin pulih. Senang hati ibu dan bapa Aliff Zaqwan. Sebulan setelah masalahnya pulih, Aliff Zaqwan mula membuka hatinya pada sepupunya yang banyak membantu, Mazwani.
Namun entah mengapa hatinya masih belum dapat dibuka sepenuhnya buat Mazwani. Mereka tetap menjadi pasangan kekasih yang hangat di kolej sehingga tamat pelajaran. Walaupun selepas bekerja mereka masih lagi bercinta. Aliff Zaqwan masih belum dapat memberikan seluruh cintanya buat Mazwani. Disebabkan ingin membalas budi dan ingin melupakan kenangan bersama NurulAin hubungan itu tetap diteruskan. Aliff Zaqwan bekerja di syarikat milik ayahnya. Kadang kala Mazwani pergi ke pejabatnya untuk meluangkan masa bersama. Apabila solat Aliff Zaqwan tak pernah lupa untuk berdoa agar Allah membuka pintu hatinya buat Mazwani. Berkali Mazwani mengajaknya agar berkahwin. Memandangkan hubungan mereka semakin kukuh.
"Ibu kalau Aliff nak lanjutkan hubungan Aliff dengan Maz ok tak? Maksud Aliff Zaqwan kahwin dengan Maz," ujar Aliff Zaqwan ketika sedang duduk di ruang tamu bersama ibu dan ayahnya. Pantas Hajah Zhulaikha mendekati anak terunanya.
"Ibu memang setuju kalau kamu nak kahwin. Tapi kamu memang dah fikir habis-habis ke? Ibu tak nak kamu menyesal tau.. ibu nak anak ibu happy," ujar Hajah Zhulaikha lembut. Dia hampir kehilangan anaknya ketika kecewa akan kehilangan cintanya sebelum ini. Perlahan-lahan Aliff Zaqwan mengangguk menyatakan persetujuan. Hajah Zhulaikha menghela nafas lega lalu tersenyum.
" ok kalau itu yang Aliff mahukan. Hujung minggu ni ibu pergi merisik Maz untuk Aliff, ya?" Sambung Hajah Zhulakha. Aliff Zaqwan hanya tersenyum membalas pertanyaan ibunya. Namun hatinya masih belum pasti akan pilihannya , hanya reda dengan pilihannya.

YOU ARE READING
Semanis Coklat
RandomSinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Ma...