BAB 1

85 1 0
                                    

Nur Fatihah kelihatan sedang leka menonton siaran kegemaran di kaca television. Emaknya hanya duduk di kerusi panjang melayan perasaan. Sesekali wajah anaknya di jeling. Nur Fatihah ketawa mengekek melihat aksi yang mencuit hatinya. Chumpawan menggelengkan kepala melihat teletah anaknya. Setelah tamat persekolahan Nur Fatihah terus menetap di rumah. Nur Fatihah tetap menolongnya melakukan kerja rumah. Setelah semua tugasan selesai Nur Fatihah akan berada di hadapan television. Jika tiada di hadapan television Nur Fatihah akan berada di dalam bilik. Dia lebih senang membaca novel atau melayari internet di dalam bilik tidurnya.
Nur Fatihah pernah meminta izin untuk bekerja namun abahnya tidak membenarkan melainkan Nur Fatihah bekerja bersamanya. Nur Fatihah menolak dengan alasan ingin mencari pengalaman bekerja yang lain. Chumpawan sedar yang hidup mereka tidaklah mewah namun kehidupan mereka sekeluarga bahagia.
"Mak," suara Nur Fatihah mematikan lamunannya.
"Awatnya?"soal Chumpawan kepada anak manjanya.
"Mak kata esok ada kenduri. Rumah sapa, mak?"soal Nur Fatihah
Chumpawan cuba mengingati kerana dia ingat-ingat lupa mengenainya.
"Ala... kawan hang. Apa entah nama dia? Anak Mat Rodzi," jawab Chumpawan masih tidak dapat mengingatinya.
"Rodzi? Azwa ka mak?" Nur Fatihah sambil memandang emaknya.
"Ha... betui la tu," ujar Chumpawan.
"Dengan oghang mana mak?"soal Nur Fatihah pula.
"Tak tau dengan oghang mana," Nur Fatihah menganggukkan kepalanya sebelum tersenyum pahit.
"Lagi soghang kawan sebaya cik nak kahwin kan mak?"ujar Nur Fatihah sayu. Chumpawan hanya memandang Nur Fatihah.
Nur Fatihah bangun lalu bergerak kearah biliknya yang terletak bersebelahan ruang tamu. Sebelum Nur Fatihah masuk ke biliknya, dia menyerahkan alat kawalan jauh kepda emaknya. Chumpawan hanya memandang anaknya melangkah lemah. Nur Fatihah menutup rapat pintu biliknya sebelum menyandarkan tubuhnya pada pintu. Hatinya dipagut rasa sebak dan sunyi. Nur Fatihah sendiri hairan kenapa hatinya menjadi sunyi setiap kali mendengar rakannya berkahwin. Sepatutnya dia berasa gembira namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.
"Ya Allah, awat aku jadi lagu ni? Awat aku jadi dengki dengan geng aku?"soal Nur Fatihah di dalam hatinya. Nur Fatihah bergerak menuju ke katilnya. Nur Fatihah merebahkan tubuhnya ke atas katil.
"Lagi soghang kawan kita nak kahwin Cah. Lama-lama lagu ni Tehah akan jadi andartu kampung. Sapa la nak kat aku ni?"soal Nur Fatihah sendirian. Soalan itu terbiar sepo tanpa jawapan. Air matanya mengalir.

Nur Fatihah sedang menemani dua orang anak saudaranya menyiapkan kerja rumah mereka. Sesekali terdengar Nur Fatihah ketawa mengekek kerana berjaya mengusik anak saudaranya, Nur Syafika dan Aiman Hakim. Setelah itu keadaan suasana kembali sunyi. Nur Fatihah kelihatan sedang berada di dunianya sendiri. Nur Syafika menyedari akan perlakuan ibu saudaranya.
"Mak cik, jauh mengelamun?"soal Nur Syafika menyentap lamunan Nur Fatihah.
"Mana ada, ika peghasan ja," jawab Nur Fatihah.
"Nak cik rindu kat kak Cah, ka?"soal Nur Syafika lagi.
"Mestilah. Kamikan kawan baik? Sapa tak rindu? Macam nak menagis ja la ni," balas Nur Fatihah. Hatinya dilanda rasa sebak. Nur Syafika turut merasakan apa yang ibu saudaranya. Nur Aishah merupakan sepupu ibu saudaranya yang membesar bersama-sama. Pemergian Nur Aishah amat dirasai oleh Nur Fatihah. Nur Fatihah perasan akan wajah suram Nur Syafika. Idea nakal mula muncul di kepalanya.
"MAKAN BUDAK!"Nur Fatihah menjerit kecil sambil menghentak meja.
"Opocot makan dia. Eh makan aku," Nur Syafika melatah. Nur Syafika memang mudah terkejut. Nur Fatihah ketawa kuat kerana telah berjaya mengenakan Nur Syafika. Nur Syafika menarik muka masam apabila sedar yang dirinya terkena.
"Ala mak cik ni. Baghu ingat nak feeling sama," ujar Nur Syafika sambil menarik muncung. Tawa Nur Fatihah semakin reda.
"Tak payah nak feeling sama. Buat kerja sekolah tu sampai siap. Dah pukui beghapa da ni? Tak siap lagi,"ujar Nur Fatihah pula. Nur Syafika meneruskan kerjanya yang tergendala.

Semanis CoklatWhere stories live. Discover now