Bunyi loceng membingitkan telinga. Aliff Zaqwan bangun malas lalu menutup bunyi yang telah mengganggu tidurnya.
"Baru pukul 10. Awal lagi," gumam Aliff Zaqwan perlahan. Dia kembalu membaringkan tubuhnya sambil menutup mata.
"NurAin," keluh Aliff Zaqwan perlahan. Kenangan bersama kekasih lamanya kembali diingatan. Kasihnya tertumpah pada gadis genit itu namun jodoh mereka tidak kekal setelah NurAin meninggal dalam kemalangan. Aliff Zaqwan mengelamun jauh mengenang cinta pertamanya sehingga tidak menyedari akan kehadiran ibunya.
"Ya Allah,Aliff kamu belum bangun lagi?" Hajah Zhulaikha menampar lembut bahu Aliff Zaqwan. Lamunan Aliff Zaqwan terganggu apabila suara ibu kesayangannya kedengaran. Aliff Zaqwan lantas membuka matanya sebelum memandang kearah ibunya. Aliff Zaqwan tersenyum melihat ibunya yang sudah bercekak pinggang.
"Aliff da bangun la,ibu. Just wanna lie down a little bit,"ujar Aliff Zaqwan sambil mengeliat. Hajah Zhulaikha menggeleng melihat perlakuan anak terunanya.
"Kalau macam itu, cepatlah pergi siap,nanti lambat pula,"Aliff Zaqwan bangun daripada pembaringan lalu duduk bersila menghadap ibunya.
"Aye aye madam,"ujar Aliff Zaqwan sambil mengangkat tangan tinggi ke atas. Hajah Zhulaikha tersenyum melihat gelagat anak sulungnya itu sebelum berlalu pergi. Aliff Zaqwan menurunkan tangannya setelah kelibat ibunya hilang di balik pintu. Dia melepaskan keluhan perlahan.
"NurAin kau tetap diingatan. Kehilanganmu tiada gantinya. Moga kau aman di sana," Aliff Zaqwan mengesat air matanya yang mula membentuk di tubir mata. Dia menggelengkan kepala sebelum melompat turun daripada katilnya lalu mencapai tuala untuk membersihkan diri.***************************
Aliff Zaqwan membantu ayahnya;Haji Ahmad memasukkan beg bagasi ke dalam kereta.
"Ada lagi yang tertinggal?" soal Haji Ahmad. Aliff Zaqwan memandang sekeliling bagi memastikan tiada yang tertinggal.
"Kalau beg rasanya semua dah dimasukkan,"ujar Aliff Zaqwan sebelum memandang ke wajah ayahnya.
"Tapi masih ada yang tertinggal,bukan?" Aliff Zaqwan mengangguk setuju dengan kata-kata ayahnya.
"Ibu dan Alisha,"serentak mereka menyebut. Kedua beranak itu ketawa mengekek dengan kata-kata mereka.
"Apa yang kelakar tu?" soal Hajah Zhulaikha yang muncul di muka pintu. Aliff Zaqwan dan Haji Ahmad berpandangan sebelum memandang Hajah Zhulaikha yang masih tercegat di muka pintu.
"Tak ada apa-apa. Cuma kami teringat kisah lama," ujar Haji Ahmad perlahan seperti memujuk.
"Kisah lama?"soal Hajah Zhulaikha kehairanan.
"Iye... kami teringat masa Aliff dan Lisya masih kecil. Ayah cakap Lisya selalu menangis sebab Aliff suka buli Lisya. Sampai suatu hari Aliff simbah Lisya yang baru mandi dengan air warna hijau," ujar Aliff Zaqwan sambil terkekek ketawa. Ibu dan ayahnya turut mengikutnya ketawa.
"Ye sampai jadi hulk anak dara ibu ni,"ujar Alisha Zahara yang tiba-tiba muncul di belakang Hajah Zhulaikha. Mukanya monyok apabila mendengar kata-kata Aliff Zaqwan. Aliff Zaqwan tersenyum memandang wajah monyok adiknya.
"Alololo... majuk pulak adik Aliff ni. Macam mana nak pujuk ni?"ujar Aliff Zaqwan sambil memeluk mesra bahu adik kembar tak seirasnya. Alisha Zahara mencebikkan bibirnya.
"Ha... tau dah. Lisha nak kena cium ni. Meh abang cium adik abang ni," Aliff Zaqwan mendekatkan bibirnya ke pipi Alisha Zahara.
"Ewwww..... jauhkan... ibu ayah tolong Lisha," Alisha Zahara menolak wajah abang kembarnya yang sedang cuba mencium pipi gebunya sambil tangan kanannya cuba mengapai ibu dan ayahnya. Haji Ahmad dan Hajah Zhulaikha tertawa melihat teletah anak kembar mereka yang sentiasa menghiburkan hari-hari mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Semanis Coklat
RandomSinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Ma...