Aliff Zaqwan bingkas bangun daripada pembaringan. Lantas menyapu kasar wajahnya. Akibat perbuatan Mazwani Dato Mustafar dan Daton Maimunah mendapat malu. Majlis yang sepatutnya majlis pertunangan bertukar menjadi majlis tahlil. Dato Mustafar terpaksa dikejarkan ke hospital malam itu kerana diserang sakit jantung. Datin Maimunah terusan menangis kerana tak tertanggung rasa malu. Nasib baik Hajah Zhulaikha ada untuk memujuk.
Aliff Zaqwan merapati meja tulis yang berada di hujung katilnya. Sampul yang berwarna coklat dicapai.
Aliff Zaqwan menyiasat penyebab kehilangan Mazwani sekali gus mengesan kedudukan Mazwani. Jika dapat kedudukan dan keadaan Mazwani mungkin akan mendapat penjelasan tentang keadaan sebenarnya. Namun apa yang diperolehi dalam siasatan penyiasat yang telah diupah Aliff Zaqwan amat mengejutkan. Mazwani lari ikut seorang Tengku lalu berkahwin dengannya. Ternyata Mazwani hanya inginkan harta yang dipunyai oleh Aliff Zaqwan. Hancur hatinya apabila mendapat maklumat itu. Mazwani tak iklas mencintainya. Ibu dan ayah Mazwani bertambah kecewa kerana Mazwani sanggup membelakangkan keluarga hanya kerana harta.

YOU ARE READING
Semanis Coklat
RandomSinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Ma...