Aliff Zaqwan sedang berehat di dalam bilik sewanya. Dia hanya merenung keh siling sambil ingatannya kembali ke masa lalu. Pertemuannya dengan gadis comel sebentar tadi telah menggamit memori cintanya yang kecundang.
"Nur Ain..." bibirnya mengucapkan nama yang pernah menghuni hatinya.Flashback...
Aliff Zaqwan merupakan pelajar tahun ke dua di UiTM Selangor. Pada awal tahun itu merupakan hari pendaftaran pelajar tahun pertama. Aliff Zaqwan merupakan AJK Kesihatan bagi menyambut pelajar baharu. Pada hari ke dua minggu orientasi pelajar tahun pertama diminta untuk menyertai acara sukan antara pelajar agar hubungan antara pelajar tahun pertama dengan senior lebih baik. Ketika inilah Aliff Zaqwan bertemu dengan gadis comel yang bernama NurulAin. Hatinya tertawan pada pandangan mata pertama. Namun malu untuk mendekati NurulAin kerana NurulAin agak popular dikalangan senior tahun dua kerana wajah polos milik gadis itu. Ketika Aliff Zaqwan sedang hanyut dalam fikirannya NurulAin mendekati senior yang agak popular di kalangan pelajar perempuan. NurulAin takut-takut untuk menegur Aliff Zaqwan kerana Aliff lebih senang fokus terhadap kerjanya.
"Assalamualaikum, abang," akhirnya NurulAin bersuara menyrbabkan Aliff Zaqwan tersentak.
"Ye dik. Ada apa yang boleh abang bantu?" soal Aliff Zaqwan lembut bersama senyuman yang mampu mencairkan hati NurulAin.
" Saya ada masalah asma. Senior Asyraf cakap saya kena beritahu abang," ujar NurulAin

YOU ARE READING
Semanis Coklat
RandomSinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Ma...