BAB 3

57 1 0
                                    

Orang ramai berpusu-pusu menuju ke destinasi yang ingin di tuju. Aliff Zaqwan tersandar di dinding sebuah rumah kedai kepenatan kerana menemani Alisha Zahara mencari kawasan yang sesuai untuk perniagaan adiknya. Alisha Zaharan kelihatan seperti menyukai rumah kedai yang terletak berdekatan jalan. Aliff Zaqwan mendekati Alisha Zahara yang sedang berbincang sesuatu dengan pemilik harta tanah. Aliff Zaqwan mencuit pinggang Alisha Zahara, pantas Alisha Zaharar memandangnya lalu menjungkit keningnya.
" Lambat lagi ke? Perut Aliff dan berbunyi da ni,"soal Aliff Zaqwan sambil memuncungkan bibirnya. Muka 'comel'nya membuatkan Alisha Zahara ketawa mengekek.
"Sikit lagi ye... dah gi main jauh-jauh. Orang nak buat kerja ni,"ujar Alisha Zahara sambil mencubit pipi Aliff Zaqwan. Aliff mengaduh perlahan. Tiba-tiba mata Aliff Zaqwan meliar mencari kelibat ibu bapanya. Namun mereka tiada di dalam rumah kedai tersebut. Matanya kembali menatap wajah adiknya.
"Lisya, ibu dan ayah mana?" soal Aliff Zaqwan. Alisha Zahara turut mencari ibu dan ayahnya.
"Mungkin mereka lepak kat luar?"
"Kalau macam tu Aliff gi main kat luar lah... Lisya tak sporting... nak kacau ibu dan ayah dating," ujar Aliff Zaqwan lalu meninggalkan Alisya Zahara yang tergeleng-geleng dengan karenah abang kembarnya. Aliff Zaqwan melangkah keluar daripada rumah kedai. Dia tertoleh-toleh mencari kelibat ibu dan ayahnya. Di kejauhan kelihatan ibu dan ayahnya sedang berborak dengan pasangan yang berumur seperti ibu dan ayahnya di sebuah kedai makan yang tidak jauh daripada tempat dia berdiri.
" Ooooo..........makan tak ajak orang. Tapi ibu dengan ayah sedang berborak dengan siapa?" soal Aliff Zaqwan sendirian lalu melangkah mendekati ibu dan ayahnya yang sedangleka berbual.
"Assalamualaikum,"lembut suara Aliff Zaqwan bersuara. Empat pasang mata menoleh memandangnya. Tersungging senyuman manis di bibirnya. Haji Ahmad bangun lalu menepuk bahu Aliff Zaqwan yang masih tegak berdiri.
"Abang, ni anak teruna saya, Aliff Zaqwan. Aliff ni kawan lama ayah, Ayah Hashim. Yamg itu pula isterinya Mak Wan," Haji Ahmad memperkenalkan mereka. Aliff Zaqwan memyalami lelaki yang dipanggil Ayah Hashim dan juga Mak Wan.
"Hensem anak hang ni no? Macam kita zaman muda dulu. Soghang ja ka anak hang,Mad," soal Hashim mesra.
"Tak la. Ada seorang lagi. Tapi tengah sibuk nak beli rumah kedai. Nak buka cawangan baru kat sini," terang Haji Ahmad lembut.
"Ayah dan ibu makan tak ajak Lisha pun," muncul Alisha Zahara setelah urusan jual beli selesai. Haji Ahmad memperkenalkan Alisha dengan Hashim dan juga Chumpawan. Mereka bersalaman.
" Ayah Hashim dah lama tinggal di sini?" soal Alisha lembut.
" Lama. Sampai tak terbilang berapa tahun. Lepaih kahwin kami teghuih dok sini. Alisha nak bukak kedai apa? Dah ada ka pekerja?"
" Lisha buka kedai coklat. Nak jual coklat dan semua yang berkaitan dengan coklat. Pekerja tu masih belum ada," terang Alisha. Hashim menganggukkan kepala tanda faham.
" Kalau macam tu boleh la anak ayah Hashim kerja dengan Lisha?"soal Hashim pula.
" Eh, boleh sangat tu Ayah Hashim. Lagi senang macam tu. Kalau ada yang kita kenal lagi mudah nak bekerja," ujar Alisha teruja.
" Kalau macam tu nanti bagi nombor telefon Lisha. Apa-apa nanti ayah Hashim telefon,"
" Boleh kejap," Alisha membuka beg tangannya lalu mengeluarkan sekeping kad.
" Ni kad Lisha. Dalam kad tu ada nombor telefon Lisha. Ayah Hashim boleh guna nombor itu," ujar Alisha sambil menghulurkan kadnya. Kad itu bertukar tangan.
" Tak pa la kami nak balik dululah. Nak tanya tuan badan. Lagi pun kami dah lambat ni," ujar Hashim sebelum bangun bersama Chumpawan.
" Nanti kita jumpa lagi no," ujar Hashim pada Alff Zaqwan sambil menepuk bahunya.
" Insya allah,"balas Aliff Zaqwan sambil tersenyum.
" Assalamualaikum," Hashim berlalu meninggalkan mereka empat beranak.

Semanis CoklatWhere stories live. Discover now