BAB 12

25 0 0
                                    

Rumah agam milik Dato' Mustafar meriah dengan lampu yang menyerikan seluruh rumah. Semua itu untuk meraikan penyatuan hati antara anak gadisnya Mazwani dengan pilihan hatinya Aliff Zaqwan. Dato' Mustafar segak berbaju melayu warna unggu gelap lengkap bersongkok. Datin
Maimunah berjubah warna senada dengan suaminya. Senyuman menghiasi wajah tua mereka meraikan hari istimewa anak gadis kesayangan. Tetamu semakin memenuhi ruangan khemah menjamu selera.
"Eh abang, bila rombongan pihak lelaki nak sampai?" soal Datin Maimunah kepada suaminya yang menunggu tetamu di pintu pagar rumahnya. Dato Mustafar memandang jam di pergelangan tangannya.
"Kejap lagi sampai lah tu. Mungkin ada aral yamg melambatkan perjalanan mereka," balas Dato Mustafar. Muncul gadis kecil molek berlari anak mendapatkan Datin Maimunah. Gadis itu berbisik sesuatu kepada Datin Maimunah.
" Apa?? Biar saya pergi tengok," ujar Datin lalu meninggalkan Dato Mustafar  keliru. Bunyi hon kereta menyedarkan Dato Mustafar lalu memandang ke arah luar rumahnya. Rombongan meminang pihak lelaki telah sampai. Segera Dato Mustafar mendapatkan Haji Ahmad lalu bersalam. Tiba- tiba terdengat jeritan Datin Maimunah nyaring. Terkejar-kejar Dato Mustafar menuju kearah rumahnya. Gadis yang sebentar tadinya bersama Datin Maimunah kembali mendapatkan Dato Mustafar.
" Maafkan saya Dato. Datin pengsan," ujar gadis itu. Terkejut Dato Mustafar mendengar kata kata gadis itu.
" Pengsan? Kenapa boleh pengsan?? Apa yang dah terjadi?"  soal Dato Mustafar bertubi tubi. Gadis itu kelihatan serba salah untuk menjawab soalan Dato Mustafar.
" Er.... se...seb...sebenarnya.....er...sebenarnya... hm...." gadis itu kelihatan keliru untuk menjawab soalan itu.
"Sebenarnya apa?" soal Haji Ahmad lembut.
"Sebenarnya Datin terkejut dengan kehilangan anak Dato. Cik Mazwani hilang dan tinggalkan surat. Datin baca dan terus menjerit," ujar gadis itu perlahan si menjaga nama baik ayah kawan baiknya.
"Apa??" soal Dato Mustafar lalu berlari menuju ke atah bilik anak gadisnya. Kelihatan isterinya sedang terbaring di lantai. Ditangannya terdapat sehelai kertas lalu Dato Mustafar mengambil kertas itu.

Papa,mama. Maafkan Maz kerana membuat keputusan ini pada hari ini. Maz faham jika mama dan papa tak dapat terima Maz lagi lepas ni. Maz terpaksa pergi. Selamat tinggal.

Yang benar
Mazwani.

Semanis CoklatWhere stories live. Discover now