Tehah mengunci pintu kedai Alisya Coco setelah memastikan keadaan kedai selamat. Malam ini Alisya telah pulang lebih awal kerana ingin keluar bersama teman lelakinya. Jadi Tehah telah diamanahkan untuk memgunci pintu grill kedai. Tangan Tehah menyeluk beg sandangnya mencari telefon bimbit. Nombor telefon abahnya didail sebelum telefon bimbit itu melekap ke telinganya.
"Assalamualaikum abah. Adik balik da ni," ujar Tehah kemuadian menunggu jawapan abahnya disebalik sana.
" hah?! Kereta ghosak? Ni lagu mna adik nk blik?" Tehah mendengar kata abahnya.
" tak pa nanti adik mesej kat kak Lisya. Kot dia da habih dating. Tak pa.," ujar Tehah lemah.
" hish kena kacau kak Lisya pulak. Yang kegheta tu nk ghosak time la pulak. Macam esok x leh ghosak," Tehah membebel seorang diri. Jari jemarinya pantas menari di permukaan telefon bimbitnya.- Tehah~ assalam kak Lisya. Maaf ganggu. Kak lisya x habis lagi ka dating?
-Alisya~ belum dik. Kenapa?
-Tehah~ abah x leh mai ambik. Kereta rosak.
-alisya~ tehah sorang je ke?
-tehah~ ye.x pa la maaf ganggu kak lisya.
-alisya~ jap. Akak hantar org gi ambik tehah.
-tehah ~ terima kasih kak😘 sayang kak lisya.
- alisya ~ sama sama. Akak pilun sayang tehah. Tunggu tau. Kejap je.
-Tehah~ ok enjoy your date…Tehah kembali menyimpan telefon bimbitnya. 15 minit kemudian kereta vios warna hitam berhenti di hadapan Tehah. Tehah mendekati kereta itu. Cermin kereta diturunkan lalu wajah tampan Aliff menjengah.
"Assalamualaikum. Masuk le cik adik. Saya akan bawa cik adik balik. Atas arahan Cik Alisya Zahara," ujar Aliff bersama senyunan manis.
"Awat? X dak oghang lein ka?" Soal Tehah pula dengan nada tidak puas hati.
" Tak ada sayang. Saya je yang free,"
" tak mau la naik. Nak tunggu teksi la lagu ni," ujar Tehah bersedia untuk berlalu.
"Cik Nur Fatihah, baik awak naik nanti saya 'culik' awak masuk dalam kereta," balas Aliff sambil berura ura untuk keluar. Pantas Tehah membuka pintu lalu menghenyakkan punggung kasar sebelum menutup pintu kerera kuat.
"Mak ai... boleh roboh pintu kereta saya cik adik oi...," Tehah hanya mendiamkan diri. Aliff menggelengkan kepala dengan kelakuan Tehah. Akiff memasang earfon lalu mendail satu nombor.
"Assalamualaikum Ayah Hashim. Aliff ni. Ayah Hashim kenal lagi kan?," soal Aliff. Akiff diam sebentar mendengar jawapan penerima.
"Bila masa dia ada nombar abah?" Bisik hati Tehah.
" ya saya. Saya nk beritahu yg Tehah ada dengan saya," Aliff diam lagi.
"kalau Ayah Hashim x kisah, saya nak bawa Tehah pergi makan kejap. Lepas makan saya hantar Tehah pulang," mata Tehah membulat mendengar kata kata Aliff. Aliff hanya menjeling ingin melihat reaksi Tehah.
"Terima kasih Ayah Hashim. Jangan risau saya akan hantar Tehah sampai ke rumah Ayah Hashim. Assalamualaikum," ujar Aliff sebelum memutuskan panggilan.
" oghang nak balik," ujar Tehah sejurus Aliff menanggalkan earfon.
"Kejap la. Awak temankan saya makan kejap," balas Aliff lembut.
" ish... makan soghang x leh ka?" Tehah
"boleh tapi x best. Tapi kalau awak x nk juga x pe la. Biarla saya berlapar malam ni," ujar Aliff dengan wajah sedih.
"Ya la. Oghang temankan. Tapi sat ja tau," Aliff tersemyum kemenangan mendengar kata kata Tehah.
"Ok. Terima kasih," balas Aliff.

YOU ARE READING
Semanis Coklat
De TodoSinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Ma...