Aliff Zaqwan sekali sekala menjeling ke arah Nur Fatihah yang berada di sisinya. Tersunging senyuman manis dibibirnya melihat wajah cemberut Nur Fatihah. Suasana riuh di bahagian belakang tidak dipedulikan oleh gadis comel itu. Pandangannya dibuang ke luar tingkap. Terkenang saat ketika sesi memujuk Nur Fatihah sebentar tadi.
************flashback**************
"Ala jom la Tehah, bukan senang tau Wan boleh datang sini... Teman kan lah Wan, " Aliff Zaqwan membuat mimik kasihan.
"Tak mau! " balas Nur Fatihah sambil menggelengkan kepala. Kepala yang tidak gatal di garu oleh Aliff Zaqwan. Helaan dilepaskan. Nur Syafika dan Aiman Hakim hanya memerhati tingkah laku mereka. Nur Fatihah meminta diri setelah mendengar panggilan emaknya memanggil. Sekali lagi helaan berat dilepaskan.
"Abang Aliff, kalau nak mak cik ikut kena paksa. Sebab mak cik bukanya sibuk pun. Nak layan kartun ja, " ujar Nur syafika perlahan.
"Nak paksa macam mana? Macam tak makan je, " soal Aliff Zaqwan. Nur Syafika tersenyum nakal memandang Aliff Zaqwan yang terpinga pinga.
"Meh sini ika nak bisik," Aliff Zaqwan mendekati Nur Syafika lalu Nur Syafika membisikkan sesuatu. Perlahan lahan terukir senyuman nakal di bibir Aliff Zaqwan.
"Kalau berjaya, abang akan bawak ika dengan aiman sekali. Abang belanja.," ujar Aliff Zaqwan. Nur Syafika membuat tanda ok kepada Aliff Zaqwan. Nur Fatihah kembali membawa minuman kepada Aliff Zaqwan.
" nah. Mak suruh minum.," ujar Nur Fatihah lembut. Aliff Zaqwan menyambut cawan yang diberikan oleh Nur Fatihah lalu menyisip minuman tersebut.
Manis... Detik hati Aliff Zaqwan.
"Tehah temankan Wan ye, " ujar Aliff Zaqwan mesih cuba memujuk Nur Fatihah. Nur Fatihah menggelengkan kepala tanda tidak setuju.
"Ok. Terpaksa la kalau macam tu. Wan tak nak buat tapi Tehah yang memaksa. Jangan salahkan Wan ye, " ujar Aliff Zaqwan sambil bangun dan berjalan menuju ke arah Nur Fatihah yang berada di hadapannya. Setelah sampai ke sisi Nur Fatihah, Aliff Zaqwan mengunci pergerakkan nur Fatihah dengan sebelah tangannya di bahu dan lagi satu di atas meja. Terkebil kebil Nur Fatihah memandang Aliff Zaqwan yang sangat dekat dengannya.
"Apa? " soal Nur Fatihah berani.
"Wan nak kendong Tehah dan bawak Tehah. Tak kira Tehah nak atau tidak. Tehah tak pakai baju pun Wan akan bawak Tehah. I don't care. I think better you go and get ready now. You never know what will i do later.," ujar Aliff Zaqwan perlahan namun tegas. Kecut perut Nur Fatihah mendengar kata kata Aluff Zaqwan. Tubuh masih kaku untuk bergerak.
" you better hurry my dear. Or I'll carry you just like this, " sambung Aliff Zaqwan sebelum mengangkat Nur Fatihah ala bridal style.
"Ok! Turunkan sat. Nak gi siap. Sat ja, " ujar Nur Fatihah sambil menekup mukanya akibat malu. Aliff Zaqwan menahan tawanya sedaya upaya. Perlahan lahan tubuh Nur Fatihah diturunkan. Laju kaki Nur Fatihah berlari masuk ke dalam rumah. Nur Syafika membuat high five dengan Aliff Zaqwan. "Dah.. Korang pun pergi siap. Hari ni korang nak apa abang belanja. Cepat! " ujar Aliff Zaqwan.
"Ok! " balas Nur Syafika dan Aiman Hakim. Kemudian berlari anak ke dalam rumah. Aliff berjalan ke arah abah Nur Fatihah yang berada di belakang rumah untuk meminta izin membawa Nur Fatihah keluar.***********end flashback************
"Tehah, cuba senyum sikit. Ni tak, masam je, " ujar Aliff Zaqwan lembut. Namun Nur Fatihah tetap membisu. Aliff Zaqwan melepaskan keluhan berat.
Mereka kemudian sampai ke tempa yang dituju. Nur Fatihah hanya mengikuti langkah aliff Zaqwan dan anak anak saudaranya. Entah bagaimana Nur Fatihah berasa senang meluangkan masa bersama Aliff Zaqwan. Ternyata Aliff Zaqwan pandai mengambil hati serta membuatnya tersenyum. Mereka merehatkan diri di arket permainan. Nur Syafika dan Aiman Hakim bermain permainan tidak jauh daripada mereka.
"Tehah, kalau Wan nak mintak sesuatu Tehah boleh bagi tak? " soal Aliff Zaqwan. Nur Fatihah memandang Aliff Zaqwan di sebelahnya.
"Nak apa? " soal Nur Fatihah kembali.
"Nak no fon Tehah, " jawab Aliff Zaqwan lembut.
"Hah! Nak buat apa? " soal Nur Fatihah lagi.
"Well, saje. Manalah tau, kalau Wan rindu ke boleh le nak call Tehah, "
"Erm... " Nur Fatihah mengetuk dagunya berfikir. Sesekali matanya menjeling Aliff Zaqwan yang berada di sebelahnya. Aliff Zaqwan memberikan wajah yang penuh pengharapan. Setelah Agak lama berfikir Nur Fatihah akhirnya mengalah. Nur Fatihah menghulurkan tangan meminta telefon bimbit Aliff Zaqwan. Aliff memberi namun masih tertanya tanya akan persetujuan Nur Fatihah.
Nur Fatihah menekan nekan di permukaan telefon bimbit Aliff Zaqwan sebelum memberikannya semula.
"Jangan call selepas pukul 10:00 malam. Tehah nak tidur, " ujar Nur Fatihah sebelum melangkah menuju ke arah Nur Syafika yang sedang leka bermain game tarian.
Aliff Zaqwan memandang telefon bimbitnya. Tertera nama dan no telefon Nur Fatihah.
"Yes! " jerit Aliff Zaqwan Agak keras sehingga menarik perhatian pengunjung yang lain. Aliff Zaqwan melompat kegirangan mengundang tawa Nur Fatihah.

YOU ARE READING
Semanis Coklat
RandomSinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Ma...