Nur Fatihah melihat ke arah telifon bimbitnya lama.
" Apa yang aku nak cakap dengan dia? Ah!!! Hentam sajalah labu..." Nur Fatihah menekan sesuatu di telefon pintarnya lalu menekapkan pada telinganya. Lama dia menunggu sebelum taliannya disambungkan.
" Assaamualaikum," ucap Nur Fatihah perlahan.
" Waalaikum salam. Siapa ni? Boleh saya bantu?"
" Erm.... boleh saya cakap dengan cik Alisha Zahara?" balas Nur Fatihah
" Ya, saya bercakap. Siapa di sana?" ujar Alisha lembut.
" Erm... saya anak kepada Hashim, Nur Fatihah. Semalam abah saya ada jumpa dengan cik,"
" Oh, Ayah Hashim. Ya kami ada jumpa semalam. Jadi cik Fatihah ni anak kepada Ayah Hashim? Fatihah ye," soal Alisha.
" Ye, saya," balas Fatihah gugup. Rasa gemantar menyelubungi hatinya kala ini. Kalah debaran menanti result STPM.
" Jadi macam mana? Sudi tak kamu bekerja dengan saya," soal Alisha lembut.
" ye saya sudi. Bila saya boleh mula kerja?" soal Nur Fatihah pula.
" Sekarang kerja pengubah suaian sedang di lakukan. Memandangkan awak pekerja pertama saya, kita akan start bekerja apabila kerja pengubahsuaian selesai. Nanti saya call awak bila dah selesai,ok?" terang Alisya Zahara panjang lebar.
" Kalau macam tu,nanti kita contact lagi. Saya tunggu panggilan daripada cik,"
" Fatihah, panggil je Lisya. Jangan ber cik-cik dengan Lisya," ujar Alisya Zahara.Sorry chap ni pendek...idea mengarang tetiba kering sekering empangan timah tasoh. Kepada pembaca yang rajin nk vote... atau just baca.... thanks... sila komen untuk perbaiki penulisan.... assalamualaikum

YOU ARE READING
Semanis Coklat
CasualeSinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Ma...