Setelah 2 bulan pembukaan Alisya Coco, Nur Fatihah semakin selesa dengan kerjanya. Walaupun masih kekurangan pekerja namun Alisya Coco masih dapat diterima oleh penduduk sekeliling.
Aliff Zaqwan telah berada di Perlis bagi melawat keadaan adiknya. Kakinya melangkah menuju ke kedai milik adiknya. Loceng berbunyi apabila pintu ditolak daripada luar. Bau coklat menusuk ke hidung Aliff Zaqwan setelah kakinya menjejak lantai Alisya Coco. Rekaan kedai yang sederhana namun comel menghiasi pandangan matanya.
"Assalamualaikum. Boleh saya bantu Encik?" suara gadis bertanya. Macam mana tau? Suara lembut je.. kalau lelaki dinamakan pondan. Aliff Zaqwan mencari punca suara itu.
"Ehemmmm.... bawah sini,"
Aliff menundukkan wajahnya sedikit. Wajah gadis comel yang masam menyapa mukanya.
"Eh,macam kenal. Tapi di mana ya?"bisik hati Aliff Zaqwan.
"Encik, boleh saya bantu?"soal gadis itu. Entah kenapa senyuman terus menghiasi bibirnya.
"Aku ingat dah. Ni la gadis comel yang terlanggar aku dulu. Hm... nampaknya ingatan aku masih ok," bisik hati Aliff Zaqwan lagi.
"Tehah, kenapa tu?" Kedengaran suara adiknya bertanya.
"Ni ha ada oghang bisu mai. Eh bisu ka pekak? Ka dua dua?" soal gadis yang dipanggil Tehah itu.
"Hah? Kejap akak datang," balas Alisya Zhulaikha. Wajah adiknya muncul di sebalik rak coklat tidak jauh daripada tempat mereka berdiri.
" La Tehah ni tak bisu mahupun pekak. Ni abang akak. Aliff Zaqwan namanya. Pelik akak bila Tehah tanya balik bisu ke pekak," ujar Alisya Zulaikha. Tehah hanya tersengih mendengar kata kata Alisya.
"Erm.... kak kalau tak da apa Tehah nk pi sambung balik keja tadi," ujar Tehah. Alisya menganggukkan kepala sebelum Tehah menghilang di sebalik rak. Alisya kembali memandang Aliff yang tersenyum padanya.
"Nape pandang anak dara macam tu? Da berkenan?" soal Alisya pada abang kembarnya. Aliff hanya tersenyum tanpa menjawab soalan Alisya.
YOU ARE READING
Semanis Coklat
AcakSinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Ma...