Beberapa bulan kemudian...
Suasana di Alisya Coco semakin meriah dengan kunjungan pembeli. Jumlah pekerja di Alisya Coco juga bertambah. Hubungan antara Alisya dengan Tehah semakin rapat memandangkan mereka telah bekerjasama sejak di permulaan. Aliff Zaqwan juga sering melawat keadaan adiknya setiap bulan. Alisya sering pening kepala kerana Aliff seringkali bertelagah dengan Tehah. Seperti selalu Aliff Zaqwan akan melawat di Alisya Coco biarpun ditegah oleh adiknya. Matanya meliar mencari sesusuk tubuh kecil yang sering menjadi teman bergaduhnya. Kelihatan Tehah sedang menyusun coklat kissess di rak bersebelahan kaunter. Disebabkan tubuhnya kecil molek kepalanya terperusuk ke dalam rak. Tiba-tiba Aliff Zaqwan mendapat idea nakal. Perlahan-lahan Aliff Zaqwan mendekati Tehah yang kusyuk demgan kerjanya.
"Assalamualaikum, Tehah," ujar Aliff Zaqwan lembut namun cukup memeranjatkan Tehah. Kepala Tehah terhantuk pada rak.
"Aduh..." ujar Tehah sambil menggosokkan kepalanya.
"Pssssfffffttt," Tehah menjeling pada Aliff yang berada di sebelahnya.
"Eiii... makhluk asing dari planet marikh da mai. Awat? Tak da keja ka? Dok kacau oghang pasai pa? Tak puaih hati?" Soal Tehah bertubi-tubi. Matanya dikecilkan tanda tidak puas hati. Aliff hanya tertawa dengan reaksi Tehah. Pipi Tehah dicuit. Pantas gadis itu menepis kasar tangan kasar Aliff. Tawa Aliff masih kedengaran. Pekerja yang lain hanya memandang sepi kelakuan mereka.
"Ish.... pasai pa dok kacau oghang tak tau? Awat rindu kat kak Lisya ka? Sat no nak panggil ," Tehah ingin berlalu namun dihalang oleh Aliff.
" ish... pasai pa ni?" Soal Tehah geram.
"Saya sebenarnya rindukan Tehah. Lama tak jumpa. Lisya da jumpa semalam. Awak tak rindu saya ke?" Tehah membuat mimik seperti ingin muntah. Aliff hanya ketawa.
"Ni yang buat saya rindu. Awak comel sangat," ujar Aliff sambil mencuit pipi tembam Tehah.
"Ish.. awat? Jeles ka? Rindu? Memang tak kan la. Blah ah!! Oghang nak buat keja. Kacau ja," ujar Tehah sebelum berlalu meninggalkan Aliff yang masuh menertawakannya.
"Aliff boleh tak jangan ganggu anak dara orang," ujar Alisya yang berada di sebalik kaunter. Aliff hanya ketawa mendengar kata-kata Alisya.
"Lisya teman Aliff lunch jom?" ujar Aliff sambil melingkar tangannya ke atas bahu Alisya.
"Nak ajak Tehah ke?" Soal Alisya. Aliff hanya tersenyum pada Alisya.
"Kenapa x ajak sendiri?" soal Alisya lagi.
"You know sis. She kinda hate me. But i cant stop teasing her. Please, do it for your beloved brother...," blas Aliff.
"Ye la. Nasib sayang kalau x memang x nak tolong. Jap nak pergi pujuk si comel tu," ujar Alisya sambil mendekati Tehah yang sedang melayan pelanggan.
" Thnak sis," ujar Aliff sambil tersenyum mesra.

YOU ARE READING
Semanis Coklat
RandomSinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Ma...