Dari kecil aku memang rapat dengan family dari mum side, since lahir pun di rumah sendiri di kampung mum so aku hanya rapat dengan orang yang nearby dengan aku. Bagi aku uncle-uncle yang merupakan abang dan adik kepada mum adalah ayah aku, sebab dorang yang ada tatkala aku mula membuka mata. Mum juga memiliki kerjaya sendiri sebagai salah seorang staf Kementerian Kesihatan Malaysia, so masa aku dengan mum sangat terhad iaitu hujung minggu dan untuk hari kerja aku akan bertemu dia pagi sebelum pergi kerja dan malam. Semasa aku berusia 48hari di dunia mum sudah mula berkerja balik, dan aku di jaga oleh ibu saudara aku isteri abang mum. Aku mengelarkan ibu saudara ku dan suaminya dengan nama "mama yang" dan "bapa yang", mama yang bukan saja sebagai pengasuh ku tapi juga sebagai ibu susuan. Dengan itu aku dan sepupu-sepupuku adalah adik beradik susuan. Aku membesar dengan mereka, dan aku juga di jaga oleh keluarga adik mum. Semasa aku di jaga oleh adik mum, aku rapat dengan sepupu ku c Mr F yang tua setahun dari aku, dia anak adik bongsu mum. Kami di jaga oleh mereka dengan penuh disiplin dan terima kasih juga tanpa ketegasan mereka mungkin aku dan mr F tidak mendapat corakkan yang baikkan. Aku gembira dengan kehidupan aku, meskipun kekadang aku amat dahagakam kasih sayang seorang ayah. Bohonglah kalau aku tidak cemburu melihat kanak-kanak seusia aku di manjakan oleh ayah meraka, sedangkan aku hanya menumpang kasih seorang ayah daripada uncle-uncle adik beradik mum.
Dad??? Erm entahlah mana, sibuk sangat dengan keluarga baru dia kot sampai lupa dan tidak kenal yang dia ada anak perempuan kat sini. Tipulah kalau tidak sakit tatkala kasih sayang yang sama sepatutnya kau dapat tapi tidak di berikan dari seorang ayah kepada anak dan lebih menyakitkan apabila dad cuma sayang dan ambil berat dengan anak perempuan bersama bini barunya, semua kasih dan sayang dia hanya di tumpukan dengan mereka yang datang merampas hak kebahagian kami. Aku masih ingat dan tak akan lupa macam mana dad layan budak perempuan tu depan mata aku, waktu tu ada majlis kenduri arwah kat rumah nenek di kampung dad dan kami semua ada di sana termasuk mereka. Entahlah kenapa dad macam tak pernah anggap aku ni wujud,macam aku ni bukan anak dia, waktu tu aku hanya dapat melihat kebahagian budak perempuan tu yang sentiasa bersama tidak pernah renggang pun dengan dad di mana saja serta apa saja yang budak perempuan tu mahu pasti dad bagi. Tapi aku?? Jangan cakap bertanya memang taklahkan malah langsung tak melayan aku sebagai anaknya seumpama aku ni langsung tak ada pertalian darah dengannya, apa salah aku?? Apa kurang aku?? Untuk di bezakan kasih sayang dengan budak perempuan tu. Masih aku ni di anggap anaknya???
![](https://img.wattpad.com/cover/60821042-288-k667572.jpg)
YOU ARE READING
#Mrs83
Randomhidup H: hidup I: itu D: dugaan U: untuk P: percubaan hargai setiap masa sebab remaja hanya datang sekali dalam hidup love urself and be strong babe ;) ♥》life.love.trust.friendship.goal.happiness《♥