cerita hidupku Mrs 83

10 0 0
                                    

Aku macam orang lain juga, tidak ada apa-apa yang dapat di banggakan sangat. Aku dalam pelajaran ku hanya sederhana. Dan apabila aku meningkat ke alam sekolah menengah danenjadi remaja aku adalah aku juga, pelajaran sederhana bergaul macam remaja lain. Tapi aku cuba berubah dari segi akademik mungkin aku tidak tergolong sebagai pelajar cemerlang tapi aku sekurang-kurangnya cuba mengubah situasi sebelumnya dan membuktikan yang aku juga boleh. Aku berkawan dengan semua orang walaupun banyak orang sekeliling aku cakap berkawan ni pandai-pandailah cari kawan. Dengan kata lain dorang just nak tengok aku ni berkawan dengan orang yang baik-baik saja plus pandai supaya sama-sama berjaya. Tapi bagi aku semua tu bukan faktor untuk berjaya semua orang aku anggap baik meskipun dorang di pandang sinis oleh masyarakat sebab kenakalan mereka tapi itu bukanlah alasan untuk kita menilai dan membuang merekakan. Yes aku juga bukanlah baik sangat bohonglah kalau waktu remaja kita tak pernah nakal dan bohong sunat dengan parentkan. Tapi kenakalan aku dulu di kaburi oleh personaliti aku semasa di sekolah sebab aku tidak ada rekod masalah disiplin dan akademik aku juga baik-baik saja jadi mum tidak pernah persoalkan siapa kawan-kawan aku. Mungkin dulu semua itu adalah tiket untuk aku di percayai dan aku bebas ke mana saja dengan kawan-kawan aku. Bila sudah bebas tambahan lagi di usia remaja haha mesti fahamlahkan. Aurat entah kemana, pergaulan macam adik beradik dengan bukan muhkrim dan apa yang di fikirkan adalah keseronokkan. Duit aku yang di khaskan untuk memenuhi keperluan seharian sebagai pelajar adalah modal aku untuk melepak dengan kawan-kawan. Since mum pun tak tahu, aku pun layan sajalah kehidupan begitu. Di atas bumi ini ju berpijak pada cita dan cinta yang terinda masa muda yang tak pernahkan lebur ku bahagia..dalam hidup harungi semua cerita hidup saat-saat remaja yang terindah tak bisa terulang ku ingin nikmati segala jalan yang ada di hadap ku, kan ku tanamkan cinta ku kasih ku agar ku bahagia.

#Mrs83Where stories live. Discover now