perjalan hidup Mrs 83 seterusnya

13 0 0
                                    

Macam kehidupan kanak-kanak lain aku di besarkan dengan didikan yang baik dari mum, dari kecil aku di biasakan hidup tanpa perlu bergantung dengan orang lain. Mum sentiasa berusaha untuk melengkapkan semua keperluan aku dan adik beradik yang lain. Pendidikan akademik sangat di titik beratkan dan didikam agama juga mum tak pernah lupakan. Alhamdulillah aku menerima pendidikan yang sepatutnya aku dapat. Aku di hantar ke sekolah yang juga merupakan sekolah yang ada di kampung. Seperti biasa aku menjalankan kehidupan seperti kanak- kanak lain pagi ke sekolah petang pula ke kelas mengaji lima hari dalam seminggu. Kehidupan masa kecil ku mungkin tidak seindah sepertu kanak-kanak lain, mungkin yang lain sedang membesar bersama-sama ayah, hidup mewah dan mungkin juga berkemampuan untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa. Tapi aku tidak pernah kisah dengan semua tu sebab mum selalu pesan bersyukur dengan apa yang kita ada. Mum sangat kuat dan pandai menjaga masalahnya, kerna bagi mum biarlah masalah di rumah itu cukup di dalam rumah saja dan tak perlu di hebohkan sehingga public mencela untuk menyibuk hal yang tidak sepatutnya mereka sibukkan. Tapi eyalah tidak di nafikan jika ada segelintir penduduk kampung yang tahu dan terhidu akan keratakan rumah tangga mum. Tapi mum adalah seorang ibu dan isteri yang pandai dan setia agar tidak mengaibkan keluarga. Semua pertanyaan yang di tanya kepada mum mengenai ayah akan mum jawab dengan sabar serta tidak pernah menceritakan aib suaminya yang nyata sudah tidak menjalankan tanggugjawabnya sebagai seorang suami dan ayah. Di sebabkan oleh kekuatan mum aku menjadi seorang yang kuat bagi aku jika ada masalah yang datang itu adalah perkara yang biasa sebagai ujian hidup. Aku pernah bertanya kepada mum sampai bila mum mahu bertahan dengan perangai ayah yang begitu, seperti kehidupan bercerai tapi tidak juga bercerai. Mum menjawab, biarlah Tuhan menjawabnya, mum bertahan sebab mum fikirkan anak-anak mum sebab apa pun yang berlaku ayah tetap seorang bapa kepada kami. Bagi mum biarlah dia telan semua kepahitan hidup sama ayah asalkan anak-anak tidak merana. Bagi mum anak-anaklah sumbet kehidupannya sebab itu mum tidak pernah pukul kami walaupun dia terlalu marah sebab bagi mum anak itu amanah Tuhan. Mum bukan manjakan anak-anak tapi tidak ada sebab untuk dia menyakiti kami cukuplah ayah mengabaikan kami. Sebab itu aku dari kecil sudah terbiasa hidup tanpa ayah dan mum adalah idola ku, dan kami cuba buktikan kami juga mampu berjaya di tangan mum.

#Mrs83Where stories live. Discover now