Since dah bergelar sebagai student balik "lower 6" so kena gerakkan semula otak yang hampir berkarat after mereput lepas SPM so perlahan-lahan gerak balik and refresh balik semua untuk mulakan pengajian aku kat PREU ni, aku di temptkan dalam kelas aliran sains juga, first pakej subjek aku kena bagi adalah subjek-subjek seperti Sains sukan, Biology dan Chemistry plus Pengajian Am sebagai subjek wajib dan MUET tu sebagai tambahan. Dua minggu orientasi so aku dah mula adapt sikit-sikit dengan kehidupan baru aku kat sekolah tu, alhamdulillah semua pun mesra alam so senanglah aku explorekan dan membiasakan diri kat sana. Seminggu kelas bermula aku rasa macam tak boleh go on dengan subjek-subjek sains aku tu, aku rasa macam tidak dapat ubah ni nasib aku waktu SPM dulu dan rasanya cukuplah kecundang dulu dengan aliran ni. So aku pun buat keputusan untuk tukar subjek, nasib baik jugalah sebab budak aliran sains di bagi keistimewaan untuk pilih subjek-subjek selain aliran sains dan apa lagi aku guna keistemewaan tu dengan drop semua subjek biologi dan kimia aku dengan subjek geografi dan sejarah. Walaupun pensyarah geografi ragu-ragu nak ambil aku sebab tak da asas waktu SPM sebab aku tak ambil geo waktu SPM tapi aku cuba ja yakinkan pensyarah supaya ambil aku and finallynya yes tukar subjek so aku bukan budak aliran sains tulen secara officialnya tapi budak sains sosial saja tapi tetap stay kat kelas sains. Since kelas aku semua budak aliran sains semasa SPM so kelas aku agak pelbagai sikit banyak budak dari sekolah lain not bad budak-budak kelas aku semua jenis yang stay cool senang masuk "mudah serasi". Sekolah dan hostel itulah kehidupan aku, just enjoy and make it real belajar dengan lebih fokuslah supaya STPM aku tidak menjadi masa yang di sia-siakan, so far so good hostel pula ok saja dah mula adapt and make a deal with semua rules tu serta hubungan dengan penghuni hostel pun semakin rapat terutamanya dengan mereka seusiaku, hubungan tu makin bertambah rapat apabila kami semua yang telah menjadi super senior pada tahun seterusnya waktu kami dah upper six warden hostel telah memberi kepercayaan kepada kami dengan melantik kami semua 14 orang bagi aspuri sahaja sebagai barisan exco asrama untuk aspuri dan aku tidak sangka pula kena bagi kepercayaan memegang tanggungjawab sebagai exco disiplin. Masalahnya aku ni berdisiplinkah? Mampukah aku mendisiplinkan penghuni-penghuni lain?
YOU ARE READING
#Mrs83
Randomhidup H: hidup I: itu D: dugaan U: untuk P: percubaan hargai setiap masa sebab remaja hanya datang sekali dalam hidup love urself and be strong babe ;) ♥》life.love.trust.friendship.goal.happiness《♥