Fasa baru Mrs 83

10 0 0
                                    

Setelah lama di bimbing dengan sahabat yang bukan hanya sahabat di dunia malah sahabat yang sama-sama membawa aku untuk mendapat keredhaanNya.Corak kehidupan aku berubah dari hari ke hari mungkin di sebabkan faktor sekeliling atau juga mungkin sudah tiba masanya untuk aku focus dengan future. Sejak itu aku mula kurang membuang masa dan tidak ada masa untuk have fun seperti sebelumnya, masa aku akan diisi dengan belajar dan jadual aku agak padat tambahab pula di hujung minggu aku mengikuti kelas tuisyen. Secara amnya masa aku untuk diri sendiri sangatlah terhad dan aku tidak pula rasa terkongkong sebaliknya aku mula menghargai kehidupan aku sebagai pelajar yang memang sepatutnya aku rasa sebagai seorang pelajar. Selain daripada belajar, hari aku juga sibuk apabila aku mula membabitkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah di mana aku sangat aktif sebagai salah seorang ahli Persatuan Pengakap. Sebelumnya aku memang aktif juga tapi hanya tahap di sekolah tapi kini aku mula aktif sehingga ke luar seperti perkhemahan Pre-jambori yang giat aktif di adakan pada masa tu. Mum pula ok saja dengan aktiviti aku waktu tu asalkan tidak terpesong daripada aliran persekolahan, aku sangat aktif dan kekadang tertinggal kelas tapi entahlah sebabkan keseronokkan aku tidak kisah sangat. Di tahun ini aku mula menjadi remaja yang baru membuka hati untuk tahu apa itu cinta?? "Nyaiiiii cinta?" Haha itulah persepsi aku bila bercakap pasal cinta, walaupun kawan-kawan aku pada masa tu ada yang sudah bercinta tapi aku tidaklah tertarik untuk bercinta tambahan pula semua pelajar lelaki di sekolah tu urmmmm tidak ada yang membuatkan aku melting ada pun setakat abang-abang senior tapi itu pun aku tidak melayan sangat perasaan aku yang hanya mungkin suka-suka saja dengan dorang sebab untuk serius aku bukanlah orangnya.

#Mrs83Where stories live. Discover now