Tatkala aku leka dengan kehidupan dunia aku hampir lalai dengan exam penting yang akan menentukan aliran aku seterusnya untuk menempuh exam SPM. Tapi aku tidak kisah belajar hanya ala kadar, tapi waktu tu aku tekankan diri aku agar fokus dalam kelas dan masa sekolah is masa sekolah cerita serta attitude aku di luar tu is cerita lainlah. Alhamdulillah exam aku lepas juga dengan baik tanpa di sangka aku cemerlang dan mum pun happy. Goal aku tercapai bila aku dapat happykan mum walaupun aku bukanlah seperti yang di harapkan oleh mum. Tiga tahun aku hidup sebagai remaja yang mentah, masa hanya untuk have fun, semua benda nak di cuba sampai satu tahap aku berani smoke. Tapi smoke tu tidak berpanjangan hanya sekadar suka-suka sahaja bersama kawan-kawan yang datang lepak kat rumah sewaktu mum kerja dan tidak ada di rumah. Hidup aku waktu tu sangatlah tidak patut sebagai seorang remaja yang baru membesar, tapi jangan salahkan mum sebab mum tidak tahu yang anaknya terpesong jauh dengan corak hidup yang tidak sepatutnya ada pada masa itu. Tapi eyalah hidayah itu milik Yang Maha Pencipta. Di tahun seterusnya apabila aku menuju ke alam yang akan menduduki SPM aku di tempatkan dalam kelas di mana mereka yang semua pandai-pandai dan memang rekod pun baik, secara tidak langsung telah mengubah corak hidup aku. Aku dan kawan-kawan dulu tidak serapat dahulu sudah sebab mereka ada yang telah dengan haluan sendiri dan ada juga kawan aku yang nakal di hantar ke sekolah pondok selepas ayahnya tahu kegiatan kami yang tidak baik. Tapi aku bersyukur selama aku dalam kehidupan yang agak nakal aku tidak juga terdorong untuk melakukan kes-kes berat seperti zina dan ambil alkohol meskipun sebilangan besar kawan-kawan aku waktu tu ada juga melakukan perkara sedemikian. Tapi dorang tidak pernah paksa atau menghasut aku bahkan dorang hormat dengan keputusan aku untuk tidak kepada semua tu aku hanya memilih have fun dengan cara yang biasa-biasa saja. Setelah sekian lama aku lupa apa itu tanggungjawab aku sebagai seorang yang muslim, menjaga aurat dan kembali kepadaNya akhirnya aku di bimbing oleh kawan aku yang memang rapat dengan aku dari kecil sehinggalah kami berjumpa balik dan duduk dalam satu kelas sebagai pelajar sains waktu tu. Dengan dia aku mula belajar bersungguh-sungguh sebab subjek yang ada di hadapan mata if bijak berjaya if tersilap merana. Dia juga yang menasihati aku dan membimbing aku mengenai agama yang sebelum ni aku agak goyah sedikit bila bercakap pasal agama. Aku mula berhijab dan mula mendalami ilmu agama islam dengan bimbingannya yang tidak putus-putus dan alhamdulillah keluarga aku juga di kurniakan hidayah di mana ayah juga mula kembali mengenal agama meskipun belum melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ayah dan suami tapi alhamdulillah dia cuba menjalankan tanggungjawabnya sebagai hambaNya.

ANDA SEDANG MEMBACA
#Mrs83
De Todohidup H: hidup I: itu D: dugaan U: untuk P: percubaan hargai setiap masa sebab remaja hanya datang sekali dalam hidup love urself and be strong babe ;) ♥》life.love.trust.friendship.goal.happiness《♥