Hampir sejam aku berfikir kenapa? Mengapa baru sekarang? Eya aku mengaku aku salah sebab tidak ada masa dengan dia tapi bukankah dia sepatutnya faham aku yang sekarang ni ni saat-saat akhir sudah nak menempuhi exam yang akan menentukan masa depan aku. Cinta dan air mata pertama aku jatuh malam tu soalan add math di depan mata sudah tidak kelihatan jelas lagi apa yang aku rasa hanyalah sakit di dada yang aku sendiri tidak tahu how to describe saat tu, aku tidak tahu sudah nak luah kat siapa? Sehinggalah aku tahu hanya seorang yang akan faham aku sekarang iaitu cik F sebab dia lebih tahu aku mengenai cerita aku dengan Encik M berbanding dengan Mrs W yang aku tidak berapa share sebab dia waktu juga busy so aku tak nak ganggu dia sangat. Tapi cik F ni juga salah seorang yang rapat dan dia juga tempat aku berkongsi masalah selain mrs W, malam tu aku call Cik F dan ceritakan apa yang berlaku sambil aku menanggis menahan rasa sedih aku. Seminggu aku umpama hilang senyuman tapi aku tetap paksa diri agar kuat sebab aku akan menempuhi exam yang sangat penting untuk aku dan harus mengetepikan semua masalah terutamanya masalah cinta yang sepatutnya belum layak untuk di jadikan isu pada masa tu. Mulai saat itu aku tidak sudah mempunyai sebarang perasaan dan terpikir pasal cinta sebab aku sedar semua tu belum sepatutnya untuk aku yang sewajarnya focus pada masa depan. Tapi tidak sesiapa dapat lari dari wujudnya perasaan sebegitukan so aku pun anggap bahawa semua yang berlaku is hanya permulaan yang belum ada apa-apanya jika dibandingkan dengan dugaan hidup yang sebenarnya di masa hadapan. Alhamdulillah aku kuat untuk terus melangkah dan selesai menduduki exam SPM aku dan reward myself dengan kawan-kawan sehingga akhirnya aku move on.
YOU ARE READING
#Mrs83
Aléatoirehidup H: hidup I: itu D: dugaan U: untuk P: percubaan hargai setiap masa sebab remaja hanya datang sekali dalam hidup love urself and be strong babe ;) ♥》life.love.trust.friendship.goal.happiness《♥