"Papa,Teha dah lukiskan pelannya" Kataku.
"Oh..kalau macam tu,esok kita boleh mulakan.Puan,sila beri alamat tempat pembinaan tu" Kata Papa sambil menghulurkan sehelai kertas.Aunty Raihana menulis alamat tempat tu.
Esoknya,aku dan papa pergi ke alamat tu.Kelihatan Aunty Raihana dan seorang lelaki di sebelahnya.
"Assalamualaikum,Aunty" Sapaku.
"Waalaikumsalam.Ni suami aunty,uncle Aiman"Katanya. Aku senyum.Papa dah mulakan kerjanya.Papa arahkan beberapa pekerjanya untuk mulakan kerja.Aku ikut papa.Aunty dan Uncle duduk di bangku.Dah dalam 3 atau 4 jam bekerja,kami berehat di rumah Aunty dan Uncle.Diaorang sediakan minuman.Selepas berehat,Papa dan pekerjanya mulakan balik kerja.Papa suruh aku duduk kat situ je.Nasib baik aku bawa kertas kerja untuk melukis baju yang Aunty tempah.Entah macam mana pensel aku terjatuh.Aku tunduk untuk mengambil pensel yang terjatuh tu tapi ada tangan seseorang.Aku dan orang tu bertentangan mata.Entah kenapa jantungku berdegup laju.
" Eh...Along dah balik?"Tanya Aunty Raihana. Dengan kelam kabut,dia meletakkan pensel tu di meja.
"Ye.Along balik awal sebab dah x ada kerja" Katanya sambil menyalam tangan Aunty Raihana.
"Teha" Panggilnya.
Aku menoleh.
"Ye" Jawabku.
"Ni anak Aunty yang sulung,Rafif" Katanya.
"Hai" Kata Rafif sambil senyum.
"Hai" Jawabku.
YOU ARE READING
"Jangan tinggalkan Teha.Papa Mama!" (Slow Update)
Roman d'amourTengku Sarah Fatihah seorg pereka fesyen yg terkenal.Dia berumur 23 tahun.Teha mengambil seorg bayi dan dijadikan anak angkat iaitu Tengku Sarah Farihah.Dia belum berkahwin dan masih tiada calon suami.Dia mahu calon suami yg sanggup menerima anak an...