BAB 2

110 5 0
                                    

13 tahun berlalu...

"Oit! Berangan!" Sergahan Nurul Afiqah membuatkan Hani tersetak. Afiqah tertawa melihat wajah Hani yang berubah masam. Merajuk!

"Berangan tengkorak kau! Aku tengah syok tengok bebudak Cina tu snorkeling. Comel je." Marah Hani sambil tunjuk ke arah dua orang kanak-kanak lelaki berbangsa Cina sedang memberi ikan makan.

"Banyaklah kau tengok budak. Kau ingat aku tak tahu ke yang dari tadi kau asyik duk tilik mamat yang pakai baju biru tu. Tengok budak konon." Sambil mencebik bibir Afiqah menunding ke arah seorang lelaki yang sedang mengambil gambar di sekitar Pulau Redang ini.

"Mana ada!" Bidas Hani

"Relax la. Aku gurau je. Tapikan, handsome jugak mamat tu eah. Perh! Muka macam Korea sis! Kalau dapat ni memang tak keluar bilik la." Ujar Afiqah sambil tersengih-sengih.

"Ek eleh! Cakap kita gatal, now tengok sapa yang tilik sapa sekarang ni?" Bidas Hani. Afiqah mengangkat dua jari peace ke arah Hani sambil tersengih.

Dalam masa yang sama, Hani juga setuju dengan pendapat Afiqah. Lelaki Cina tadi tidak seperti Cina lain. Matanya bulat tidak sepet, kulitnya putih, bibirnya yang merah menandakan dia bukan seorang perokok serta rambut ala-ala Korea tetapi pendek dan kemas. Lelaki itu begitu kacak dengan seluar hawaii pendek serta baju tanpa lengan dan dihiasi pula pula dengan topi serta kamera nicon tersangkut ditengkuknya. Baju tanpa lengan yang dipakainya itu mendedahkan bahagia lengannya yang berotot itu. Mata Hani tidak lepas daripada memandangnya. Ai maklumlah rezeki depan mata.

Seperti mengetahui yang dirinya sedang diperhatikan oleh si penyiasat tidak bertauliat ini, lelaki tersebut memandang ke arah Hani sambil tersenyum. 'Fulamak! Cair oi..' bisik hati Hani. Hani berpura-pura memandang ke arah lain. 'Senyuman tu...'

"Hoi! Kau ni dah ke bulan ke apa?!" Sergah Syuhadah sambil menepuk bahu Hani.

"Sorry..." balas Hani sambil buat muka 20 sen.

"Banyaklah kau punya sorry. Ibu kau mana? Dari tadi Aku tak nampak pun dia?" Soal Syuhadah. Afiqah pula sedang sibuk dengan Iphonenya.

"Tu hah.. tengah snorkeling depan tu." Balas Hani sambil menunjuk ke arah ibunya. Hani sempat mengerling ke arah lelaki tadi. Dia masih lagi mengambil gambar di sekitar pulau itu.

'Tak bosan ke mamat ni asyik ambil gambar pulau je dari tadi. Bukannya nak ambil gambar Aku yang cun melecun ni. Melecun ke melecur? Hahaha perasan je la kau ni Hani." Dialog hati Hani.

"Suka Aku tengok Ibu kau Hani. Tak macam dulu. Selalu sedih."Ujar Afiqah. Iphonenya masih di tangan sambil tersenyum memandang ke arah Puan Anita.

Nurul Afiqah merupakan sahabat baik Hani sejak berumur 11 tahun lagi. Mereka berkenalan ketika di bangku sekolah rendah. Sewaktu itu Mereka berada dikelas yang sama. Afiqah yang menyapa Hani dahulu kerana Hani bukanlah seorang yang mesra dengan orang yang tidak dikenalnya. Sikap Afiqah yang banyak mulut itu semakin lama semakin merapatkan Mereka. Segala kisah keluarga Hani diketahui oleh Afiqah. Tentang bapa Hani yang sanggup meninggalkan Ibu Hani seorang diri membesarkan empat orang anak.
Hani sangat bersyukur dikurniakan seorang Ibu setabah Puan Anita.

Hani mula bersahabat dengan Nur Syuhadah ketika berada di tingkatan 1 sekolah menengah. Ketika itu Afiqah tidak bersekolah di sekolah yang sama dengan Hani kerana Afiqah ditawarkan ke sekolah berasrama penuh hasil daripada keputusa cemerlangnya dalam UPSR.

Sekarang umur Mereka bertiga sudah mencecah 22 tahun. Masing-masing sudah membawa haluan sendiri. Afiqah merupakan seorang mahasiswi di salah sebuah kolej di united kingdom dalam jurusan kedoktoran. Syuhadah pula seorang pengawai di kem ketenteraan Terengganu. Hani pula seorang siswazah jurusan sains sukan di Universiti Zainal Abidin. Sempena cuti semesta, Mereka berpakat bercuti di Pulau Redang. Hani membawa bersama ibunya, Puan Anita.

"Akak ke sini sekejap. Tolong Ibu pakai benda ni." Lamunan Hani terhenti dengan jeritan Puan Anita. Hani tersenyum memandang ibunya yang dilihat terkial-kial memakai life jacket. Hani menapak ke arah ibunya.








A/N: siapa lelaki Cina yang dikatakan seperti idol Korea itu? Apa yg difikirkan oleh Hani apabila lelaki tersebut tersenyum ke arahnya? Wait for the next chapter.
IG @kyominhwan

Sayang Awak Mute!!!Where stories live. Discover now