"Kau yang ambil barang aku kan?! Baik kau cakap!" Seorang budak lelaki lingkungan 11 tahun menolak kasar bahu budak lelaki yang sebaya dengannya.
Dua orang lagi sahabatnya hanya memandang sambil merenung marah ke arah budak lelaki yang ditengking tadi.
"Kau ni pekak ke? Mana beg duit aku?! Aku tahu kau yang ambil. Baik kau pulangkan." Kali ini tolakan budak lelaki tadi menyebabkan lawannya jatuh terjelompok ke tanah.
Azfar hanya memandang budak lelaki yang menolaknya dengan pandangan sayu.
'Aku tak ambil! Sumpah aku tak ambil.' Azfar menjerit kuat didalam hati walaupun dia tahu ianya hanya sia-sia. Tubir matanya mula bergenang.
"Aku suruh kau bagi balik beg aku bukan menangis! Kau memang nak kena." Budak lelaki tadi mengangkat kaki mahu menendang Azfar. Azfar menutup matanya menunggu terjahan daripada budak lelaki di hadapannya.
"Aduh!!!"
Suasana yang genting tadi bertukar senyap selepas terdengar aduhan daripada budak lelaki tadi. Perlahan Azfar membuka matanya. Dia memandang ke arah budak perempuan bertompang menghalakan sebelah tompangnya ke muka budak lelaki yang menolaknya tadi.
"Kau jangan sesekali sentuh kawan aku. Kalau tak nahas kau aku kerjakan." Hani menghayun-hayunkan tompangnya di hadapan budak lelaki itu tanda ugutan.
"Bukan salah aku! Dia yang curi beg duit aku tapi bila aku tanya dia tak ngaku." Takut-takut Ismail cuba menerangkan keadaan.
Hani memandang Azfar. "Azfar ambil beg dia ni?"
Azfar menggeleng lalu menunduk.
"Habis Azfar tahu siapa yang ambil?" kali ini Azfar mengangguk pula.
Azfar mula menerangkan situasi sebenar menggunakan isyarat tangan tapi sedikitpun tidak difahami oleh Hani.
Hani terpandang Azmin yang sedang melangkah ke arah mereka lalu dipanggilnya. Selepas mendengar penjelasan daripada Azfar, Azmin mula menerangkan.
"Azfar cakap tadi dia ada nampak dompet awak dekat lantai hospital. Dia baru nak ambil tapi ada nurse yang ambil dulu. Nurse tu bawak dompet awak kat kaunter sana tu." Azmin menunjukkan ke arah kaunter pembayaran hospital.
Ismail menunduk. "Saya minta maaf abang. Saya tak tahu dia bisu. Saya tak sengaja."
"Tak apalah. Kita lupakan saja ok?" Ujar Azmin sambil tersenyum begitu juga dengan Azfar dan Hani.
* * * * * * * * *
Hani menahan geram memandang wajah dua jejaka yang tersengih-sengih dihadapannya. Tangan dicekakkan ke pinggang.
"Bukan ke semalam saya cakap yang kita nak pegi panjat Bukit Besar hari ni?"
Azmin yang memakai jean dengan T-shirt polo biru dipandangnya menikam.
Sambil mengangkat bahu Azmin terus tersengih. "Yeke? Awak ada cakap ke semalam.? Tak tahu pun"
"I did tell you! Kalau awak tak tahu kenapa Azfar boleh tahu? Bukan ke saya mesej awak semalam?"
"Heheehe.. Jom la gerak." Balas Azmin. Azfar telah lama melanglah masuk ke dalam kereta bahagian belakang.
Tangan Azmin yang ingin membuka pintu kereta dihalang Hani.
"Answer me first!"
Pandangan Azmin jatuh ke muka Hani yang kemerahan menahan marah. "Sorry. Sebenarnya saya tak boleh join korang jog course saya nak jumpa kawan kat hospital sekarang."
"At this hour?" Soal Hani pelik.
"Yea..."
"Tapi sekarang bukan waktu melawat?"
"Saya cakap nak jumpa kawan bukan nak melawat kawan. Apa teruk sangat bahasa melayu awak?"
"Ouh? Hehehe masuklah." Hani tersengih malu sambil membukakan pintu kereta untuk Azmin. Azmin menahan senyum sambil menjeling Hani sebelum melangkah masuk ke dalam kereta bersebelahan dengan Azfar.
Azmin perasan seseorang berada di bahagian hadapan tapi dia tidak ambil pusing. Terus matanya jatuh ke arah Hani yang baru mengambil tempat pemanduan.
"So saya nak drop awak kat mana ni?" Soal Hani sambil memandang ke belakang.
"Hantar je angah kat pintu masuk utama hospital."
"Ohho? Angah? Hah alright." Dengan suara yang seakan mengejek Hani memalingkan kembali badannya ke hadapan lalu memulakan pemanduan.
Suasana hening seketika sebelum seseoang mencelah dari hadapan.
"Hai.. " ujar Afiqah sambil memandang ke arah dua beradik terbabit.
"Hai.." balas Azmin sambil tersenyum. Azfar mengangkat sedikit kepalanya sebelum kembali menghadap handphonenya.
'Sombong!' Bisik Afiqah.
"Awak kawan Hani ke?" Tanya Azmin setelah melihat kebisuan Afiqah.
"Ouh.. Ha'ah. Saya Afiqah."
"Oo.. Saya Azmin."
"Tahu. Dah banyak Hani cerita pasal awak kat saya."
"Yeke? Apa yang banyak sangat dia cerita tu?" Sengaja Azmin bertanya sambil mata menjeling ke arah Hani yang masih tenang memandu seakan tiada apa yang terjadi.
"Dia cakap awak ni menyakitkan hati...."
"Tersangat menyakitkan hati." Sampuk Hani tiba-tiba. Mata masih difokuskan ke jalan raya.
"Emm? Lagi?"
"Dia cakap awak suka menyusahkan dia. Suruh buat itu la ini la. Kadang-kadang dia cakap rasa nak sumbat je awak dalam lubang tandas"
Kata-kata Afiqah terhenti selepas terdengar ketawa kecil daripada Azfar.
"Betul dia cakap kat awak macam tu?"
Fokus Afiqah kembali ke arah Azmin.
"Yup. Takkan saya nak tipu pulak. Lepas tu dia cakap awak calon paling akhir sekali dalam dunia ni pilihan dia"
"Shut up Afiqah!" Marah Hani lalu mencubit lengan kanan Afiqah.
"Sakit la mak cik!"
"Hahhaa sebenarnya dia jealous tu afiqah course saya takkan sesekali pilih dia walaupun dalam dunia ni tinggal kami berdua saja."
"Heh?! Awak ingat saya hadap sangat nak kahwin dengan awak? Please la... Dahla gemuk, pemalas pulak tu."
"Wha what?! Gemuk? Pemalas?" Kata-kata Hani sengaja membuat Azmin geram.
"Apa? Salah ke apa saya cakap? Kalau betul awak bukan pemalas kenapa awak tak join kitorang jog sekali? Macam saya tak tau awak sengaja bagi alasan nak jumpa kawan awak padahal awak sebenarnya nak lari. Uuu Azmin gemuk penakut." Hani terus mengejek Azmin.
"Op op op. Apa la korang ni. Pasal benda kecil pun nak buat gaduh ke." Afiqah cuba untuk meleraikan pergaduhan mereka. Azfar di belakang pula hanya menggeleng-gelengkan kepala.
"Dia yang mula dulu!"
"Dia yang start dulu!"
Balas Azmin dan Hani serentak.
"Huh!"
"Arh!"
Kedua-dua mereka membentak marah di dalam hati.
Selepas menurunkan Azmin dihadapan pintu utama Hospital Sultanah NurZhahirah, Hani meneruskan pemanduannya ke destinasi utamanya.
Azmin memandang kereta Hani hilang dari pandang sambil memegang dada kirinya.
"Awak tak penah tahu Hani. Sebab awak tak penah nak ambil kesah." Azmin membisik sendiri lalu melanglah masuk ke dalam hospital.
Ig: @_hannahchau_
~VOTE AND COMMENTS ~
YOU ARE READING
Sayang Awak Mute!!!
Romance-Ummu Nur Hani "Hani sayangkan Angah. 13 tahun Hani tunggu Angah balik. Please keep your promised! Hani takkan terima alasan bodoh ni!" -Muhammad Syariff Azmin "Angah pun sayangkan dia dik. Angah tak berniat untuk sakitkan hati dia. Tapi mampu ke a...