BAB 16

54 4 0
                                    

Tepat jam 5 petang, Hani bersiap sedia untuk pulang. Selepas mengambil apa yang perlu, Hani menutup pintu locker lalu dikuncinya. Longlai langkahnya menuju ke arah pintu keluar. Beg sandang bewarna merah digalasnya.

"Hani! Dah nak balik ke?" Tegur satu suara. Dengan mata yang kuyu dicampur dengan lenguh di kaki, Hani berpaling memandang gerangan yang memanggilnya tadi.

"Ha'ah. Ada apa Encik Ikbar?" Tanya Hani kepada lelaki yang dipanggil Encik Ikbar itu.

"Eloklah. Saya nak mintak tolong awak serahan fail ni kepada Encik Syariff. Dia terlupa nak ambil tadi." arah Encik Ikbar.

Hani tercengang seketika. 'Nak kena mengadap mamat tu lagi ke? Dah teruk dia dera aku tadi boleh pulak dia buat tertinggal barang. Menyakitkan hati betul.' Bebel hati Hani.

"Boleh tak?" Ulang Encik Ikbar.

Tersetak Hani daripada lamunannya. Terus dianggukkan kepala. Encik Ikbar terus beredar dari situ setelah fail tersebut bertukar tangan.

Dengan langkah yang malas, Hani meneruskan langkahnya. Hani tercari-cari kelibat Syariff Chen sejurus tiba di luar kilang. Matanya terhenti apabila terpandang susuk Syariff sedang melangkah masuk ke dalam kereta Mercedes Benznya.

"ENCIK SYARIFF!!!" jerit Hani. Langkah kakinya dibesarkan apabila kereta tersebut mula bergerak perlahan-lahan ke arah pintu pagar.

Melihat kereta Syariff Cheb tetap tidak berhenti, Hani mula berlari kecil sambil tangannya terkapai-kapai menunjukkan isyarat berhenti.

"Encik Syariff!!! Berhentilah!!!" Jeritan Hani semakin kuat kedengaran.

Azfar memandang ke arah cermin sisi apabila perasan ada sesuatu di belakang.

'Aisy! Sape pulak duk kejar kereta aku ni? Buang tabiat ke apa?' Dialog hati Azfar. Dia mengerling ke arah angahnya yang sibuk dengan COCnya. Lengan angahnya disiku.

"Erm?" Balas Azmin. Matanya tetap di Iphonenya.

Azmin terdorong ke hadapan hampir terhantuk pada cermin hadapan kereta apabila Azfar tiba-tiba menekan break.

"AZFAR!!!" jerit Azmin sambil memegang dadanya kerana terkejut dengan tindakan Azfar tadi. 'Nasib baik hidup lagi aku. Thanks to seat belt.' Detus Azmin. Azfar disebelah dipandangnya geram.

Azfar menunding jari ke arah belakang kereta memberi isyarat supaya angahnya menoleh ke belakang. Seperti yang di arah adiknya, Azmin memandang ke arah side mirror lalu memandang semula ke arah Azfar apabila tiada apa yang terpancul dari cermin terbabit.

"Apa?!" Tanya Azmin

Azfar yang pelik dengan soalan angahnya turut memandang ke arah side mirror. 'Aik?! Mana pulak budak tu pegi? Tadi... OMG takkanlah?" Azfar segera nenbuka pintu kereta. Langkahnya terus ke arah belakang kereta.

Seperti yang digambarkan,kelihatan seorang gadis sedang duduk tercelompok di atas jalan sambil memegang kepalanya.

'Alamak!' Detik hati Azfar.

Azmin yang masih pelik turut membantuti langkah adiknya. Terkejut Azmi melihat gerangan yang duduk di atas jalan itu.

"OH GOD! Hani apa awak buat duduk kat situ senja-senja ni?" Tanya Azmin sambil melutut sebelah kaki di hadapan Hani.

"Boslah! Saya jerit macam nak pecah tekak bos boleh tak dengar. Lepas tu boleh pulak berhenti mengejut. Sakit tau tak?!" Dengan suara yang seperti mahu menangis Hani memarahi bosnya.

"Hah?! Bila masa pulak awak panggil saya?" Sambil menggaru kepala yang tidak gatal Azmin menjeling ke arah Azfar yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi. Azfar mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu.

"Huh! Tanya pulak!" Degus Hani sambil cuba bangun.

"Yelah-yelah. Sorry. Ada hal apa awak kejar kereta saya sampai bonet kereta saya pun awak cium?" Azmin bertanya apabila pertolongannya untuk membantu gadia itu bangun ditolaknya.

"Nah! Encik Ikbar suruh kasi kat bos." Mendatar suara Hani menjawab sambil menghulurkan fail tadi kepada Azmin. Tangan kirinya dialihkan dari dahi yang sakit akibat terhantuk pada belakang kereta Azmin tadi.

Azfar bergelak kecil selepas terpandang dahi Hani yang merah menyala seperti kena bakar. Terus tangan kanannya menutup mulut apabila perasan akan jelingan maut Hani.

"Lah! Kenapa tak bagi esok je?" Tanya Azmin lagi.

"Do I've a choice?"tanya Hani kembali.

"Yelah. Boleh bawak kereta tak? Or nak suruh saya tolong hantarkan?"malas bertikam lidah,Azmin bertanya sambil mempelawa.

"Boleh.. Sikit je. Saya balik dulu."

Azmin hanya mampu mengangguk sambil melihat Hai beredar dari situ.

Sekali lagi Azfar tergelak melihat Hani berjalan terhincut-hincut berlalu ke arah keretanya.

"You think its funny huh?!" marah Azmin. Azfar tersengih sambil mengangkat bahu. Kaki dihayunkan ke arah pintu kereta.

PONN!!!

Langkah Azfar terhenti apabila terdengar satu hon yang panjang dari sebuah kereta begitu juga dengan Azmin. Mereka berdua berpandangan seketika sebelum berlari ke satu arah.





A/N: Hehehe sorry tak sempat nak sambung. Hope korang suka chapter ni ringkas sikit. Suspen dulu. Kalau suka vote la. ^_^
Follow me in Ig @kyowinchester or twitter @kyominhwan
Thanks 🙏





Sayang Awak Mute!!!Where stories live. Discover now