Hari ini cukup tiga hari percutian Hani di Pulau Redang. Tengah hari nanti feri yang Mereka naiki akan tiba dari jeti Pulau Duyong,Kuala Terengganu. Sementara menunggu tengah hari, Hani duduk di beranda Hotel sambil mengambil angin. Entah kenapa fikiran Hani sikit terganggu ketika itu.
"Akak.." tegur Puan Anita sambil menyantuh lembut bahu anak perempuannya itu. Hani memandang ke arah ibunya sambil tesenyum. "Ye Ibu..."
"Ibu tengok sepanjang bercuti kat sini Akak nampak tak happy je. Asyik termenung je. Akak ada masalah ke?" Tanya Puan Anita. Bahu anaknya digosok perlahan.
"Tak ada la bu, Akak gembira la. Tengok Ibu senyum pun Akak dah happy. Ibu janganlah risau." Bohong Hani. Sebenarnya sepanjang 3 hari percutian Hani di sini tidaklah seperti hari pertama. Hani merasa seperti ada sesuatu yang Asyik mengekorinya di Pulau itu. Perasaan seram mula seresap ke dalam diri Hani.
'Siaplah yang nak ikut Aku yang tak berapa nak cantik mana ni. Amboi merendah diri nampak.' Bidas hati Hani untuk menghilangkan rasa takut yang mula bermaharaja. Lengan ibunya dipaut sambil kepalanya dilentokkan ke bahu Puan Anita.
"Kalau Akak ada masalah cerita la kat Ibu. Ibu tak nak ada kesayangan Ibu ni tertekan. Nanti Ibu nak bermanja dengan siapa." Kata Puan Anita sambil mengusap kepala Hani yang ditutupi tudung bawal bewarna ungu gelap itu.
"Baik bos!" Balas Hani bergurau.
"Banyaklah bos! Budak nakal." Ujar Puan Anita sambil menark hidung Hani. "Ni Akak berapa hari cuti?" Tanyanya lagi.
"2 bulan bu."Balas Hani. Akak ingat nak cari kerja part time la bu. Bosan duduk rumah je." Ujarnya lagi.
"Lama juga. Daripada Akak kerja sambilan Baik Akak belajar memasak. Kan lagi bagus." Cadang Puan Anita.
"Ala bu.. masak bila-bila pun boleh belajar. Kalau Akak kerja bolehlah tambah duit lebih sikit." Terang Hani.
"Suka hati Akak la. Ibu tak nak halang. Tapi jangan sampai menganggu pelajaran Akak sudah." Balasnya. "Dah la Ibu nak berkemas sikit lagi tu. Nanti feri sampai takut tak sempat pulak."katanya lagi sambil bangun dari kerusi.
"Ok! Ibu, Akak nak keluar ambil angin sekejap ye bu.." Hani meminta izin.
"Yela.. bukannya nak tolong Ibu. Pergi la." Bebel Puan Anita sambil memberi keizinan. Hani tertawa kecil. Topi di atas meja di capainya lalu berjalan menuju ke pintu.
* * * * * * *
"OMMA! Adoi sakitnya.." jerit Hani kerana terjatuh akibat dilanggar sesuatu dari belakang. 'Nasib Baik tak jatuh dalam air. Dah la Aku tak pandai berenang. Kalau aku jatuh mesti mati ni. Dalam jugak laut ni.' Hani sempat lagi membebel dalam hati.
"Are you okey?" Tanya lelaki yang melanggar Hani tadi.
'Mak ai... kacaknya mamat ni. Adakah Aku berada di korea? Subhanallah. Sungguh indah ciptaanMu.' Bisik hati Hani sambil memuji kebesaranNya. Kesakitan akibat terjatuh sudah tidak terasa lagi. Mata Hani leka memadang lelaki di hadapannya itu. 'Mata tu seperti......'
"Miss? Are you alright? I'm sorry. SaYa tak perasan awak dibelakang." Ujar lelaki itu sambil melutut di hadapan Hani. Melihat kamera di tangannya mengingatkan Hani dengan lelaki cina yang diperhatikannya sewaktu hari pertama di Pulau Redang itu.
'Ni mesti sebab dia duk sibuk tangkap gambar sampai Aku kat belakang pun tak sedar. Huh!' Bisik hati Hani. Hani bangun sambil menyapu pasir di tangan dan lututnya. 'Mamat ni tengok je Aku bangun sendiri. Bukannya nak tolong. Tak gentleman betul. Tarik balik pujian tadi.' Hati Hani membebel lagi.
"It's OK. Sikit je ni. Next time hati-hati sikit kalau nak tangkap gambar pun. Takut terjatuh dalam laut je." Nasihat Hani. Topi di kepala dibetulkan. Lelaki tersebut hanya ketawa kecil.
"Got to go now and sorry for what just happened." Ujar lelaki tersebut sambil berlalu dari situ. Tanpa menoleh ke balakang lelaki tersebut terus berjalan menuju ke suatu arah. Hani hanya memandang kelibat lelaki tersebut hilang dari pandangan. 'Gaya macam sombong je mamat ni. Tak boleh blah betul.' Detus Hani.
"Hani! Feri dah sampai tu. Kau nak tinggal kat sini ke?" Panggil Afiqah sambil melambai ke arah Hani. Ditangannya penuh dengan beg plastik. 'Baru lepas shopping agaknya.
"Kejap!" Balasku sambil berlari kecik kearah Mereka."Amboi sempai lagi kau buat drama sebabak kat tepi laut ye. Agak-agak la Kalau nak buat drama hindustan pun. Laut tu dalam kot." Serang Syuhadah sejurus Hani tiba di sebelahnya dan Afiqah.
"Drama sebabak abah kau. Mamat tu yang tiba-tiba langgar Aku dari belakang. Habis sakit tangan Aku ni." Balas Hani sambil menunjukkan tangannya yang sedikit merah itu.
"Kesian kau jah." Ejek Afiqah sambil ketawa. Syuhadah juga turut ketawa sama.
"Tak payah nak kesian sangat la. Ubat Aku kau beli tak?" Hani mengubah topik perbualan.
"Ada ni hah. Dah tahu diri tu mabuk S gatal jugak nak ikut. Baik Aku tinggal je kau dengan fat panda kau tu." Usik Afiqah lagi.
"Berani kau nak tinggal Aku?! Aku report kat Mak kau." Ugut Hani sambil ketawa.
"Nak report kat Mak Aku konon. Pergi jalanlah."Balas Afiqah sambil menolak lembut bahu Hani.
"Yang korang duk syok main mak-mak ni Mak kau mana Hani?" Tanya Syuhadah yang dari tadi hanya menjadi penonton.
"Ya Allah Ibu Aku! Aku tertinggal dia kat bilik la. Korang tunggu sekejap. Aku nak pergi ambil Mak aku." Ujar Hani sambil bergegas ke arah lift.
"Anak apalah macam ni. Mak sendiri pun boleh tertinggal. Nanti dah kahwin Entah suami pun dia tak ingat." Usik Syuhadah sambil mentertawakan Hani. Afiqah turut sama ketawa.
Hani terus meloloskan diri ke dalam lift. Kelihatan dua pemuda berada di dalam. Seorang daripadanya ialah lelaki yang melanggar Hani di pantai sebentar tadi. Kedua-duanya sedang Asyik bercakap menggunakan kod tangan. Sunyi keadaan di dalam lift tersebut.
Hani sedikit tersetak apabila terdengar salah seorang Daripada Mereka ketawa. Hani terus memandang ke arah mereka. Kening sedikit dikerutkan.
"Sorry." Ujar lelaki tersebut sambil menutup mulutnya dengan tangan kanan.
Hani terus keluar dari lift tersebut apabila tiba di tingkat 5.
"Rimas betul aku dengan mamat cina tu. Entah apa yang diorang gelakkan pun tak tahu. Entah- Entah diorang kutuk aku." Gumam Hani sendiri sambil melangkah ke arah Puan Anita. Kelihatan Puan Anita telah sedia mencekak pinggang.
'Mampus aku' detik hati Hani.
A/N: siapakah yang dikatakan Hani mengikuti dirinya sepanjang percutiaannya? Apakah yang difikirkan Hani saat melihat mata pemuda tersebut? Dan Apakah yang dibualkan oleh dua orang pemuda tersebut dia dalam lift? Wait for the Next chapter.
IG: @kyominhwan*identiti pemuda tersebut akan diketahui di Next capter. Teruskan reading.. ^_^
YOU ARE READING
Sayang Awak Mute!!!
Romance-Ummu Nur Hani "Hani sayangkan Angah. 13 tahun Hani tunggu Angah balik. Please keep your promised! Hani takkan terima alasan bodoh ni!" -Muhammad Syariff Azmin "Angah pun sayangkan dia dik. Angah tak berniat untuk sakitkan hati dia. Tapi mampu ke a...