'Aduh laparnya. Mama punya pasallah ni. Shopping tak ingat dunia. Nak makan kat mana ni? Aish dah la aku tak tahu jalan area ni.' Azfar berbicara sendiri. Steering keretanya diketuk-ketuk dengan jari. Dia masih termangu-mangu dihadapan kilang tempat kerja abangnya.
Setelah terdiam seketika, Azfar menurunkan hand break lalu memandu keretanya perlahan sambil mata melilau mencari gerai makan berdekatan.
Tiba-tiba sepasang mata Azfar terpandang beberapa orang wanita memakai baju biru berjalan menuju ke sebuah pondok. 'Pekerja kilang kot.' Detus Azfar.
Perlahan-lahan Azfar memberhentikan keretanya berhampiran pondok yang dikunjungi wanita-wanita berbaju biru tadi. Mata Azfar terpandang signboard di atas pondok tersebut tertulis 'Kantin Kilang'. Terus dia membuka pintu kereta dan berjalan ke arah kantin tersebut. Perut yang lapar harus diisi bimbang terkena gastrik pula.
Lama mata Azfar memerhati lauk-pauk dihadapannya. Kecur liur saat terpandang bawal masak masam manis di hadapan mata.
Hidangan siap diletakkan diatas pinggannya tapi satu masalah pula datang. Memandangkan sekarang launch hour kerusi meja di kantin tersebut dipenuhi pekerja kilang. Azfar masih berdiri sebelum matanya terpandang satu meja yang diatasnya ada pinggan berisi nasi tapi tiada penghuni. Pantas kakinya dihayunkan kesitu. Belum sempat dia melabuhkan punggung, seseorang terlebih dahulu mengambil tempat dihadapannya. 'Oh tempat dia rupanya. Tapi tak salahkan kongsi meja. Dia pun sorang je aku tengok.' Tebak Azfar. Tangannya mengetuk-ngetuk meja tersebut.
Hani yang baru ingin menyuakan nasi kemulut mendongak apabila terdengar ketukan di atas mejanya. Wajah seorang lelaki menyapa matanya. 'Ish anak sape pulak sesat kat sini ni?' Tanya Hani sendiri.
"Ye dik?" Tanya Hani
Azfar hanya menunjukkan kerusi kosong dihadapannya sambil tersenyum nipis.
"Oh nak duduk sini ke? Silalah..." Jawab Hani selepas melihat tindakkan Azfar tadi. Azfar terus duduk setelah mendapat keizinan Hani.
Sunyi keadaan di meja itu. Hanya kedengar bunyi sudu berlaga dengan pinggan.
Tiba-tiba pertanyaan seorang pak cik memecahkan suasana hening tadi.
"Dah order air nak?" Tanya pak cik tersebut. Azfar menggeleng apabila menyedari soalan tadi dituju kepadannya.
"Nak pesan air apa?" Pak cik itu menanya lagi. Azfar diam sebelum menunjukan ke arah air Hani.
"Tea ais?" Pak cik tadi meminta kepastian sebelum beredar setelah melihat anggukkan Azfar.
'Amboi. Ada emas ke dalam mulut mamat ni sampai dari tadi hanya angguk eleng angguk eleng.' Kutuk Hani setelah sekian lama memerhati perlakuan Azfar.
Suasana bertukar hening kembali. Masing-masing hanya sibuk dengan hidangan sendiri. Setelah hampir 10 minit Azfar bangun tiba-tiba. Terbeliak mata Hani melihat pinggan Azfar yang licin. Hanya tinggal tulang ikan sahaja.
Azfar meletakkan tangannya di dagu lalu disuakan ke arah Hani seperti flying kiss. Sekali lagi Hani tersetak.
'Huish agak-agak la kalau nak mengorat aku pun. Public area kot.' Cemuh Hani sambil melihat Azfar berlalu pergi mencuci tangan.
Hani melihat jam di pergelangan tangannya sebelum pantas dia bangun dari kerusi. Hampir terlupa dia akan pesanan bosnya untuk membeli makanan.
**********************************
Azmin tercari-cari sesuatu di dalam beg sandangnya. Pantas dibukanya plastik biskut jagung lalu dimakannya.
"Ya Allah manalah minah ni pegi. Dah nak abis waktu launch kot. Boleh mati kebulur aku duk menunggu budak pendek tu." Bebel Azmin. Kakinya berjalan ulang-alik sambil mengunyah biskut keringnya sebagai alas perut.
Semakin bertambah sakit hati Azmin apabila melihat Hani berjalan perlahan-lahan kearahnya sambil menjinjing plastik beserta dengan sengihan tidak bersalah.
'Spanar mana spanar. Ada jugak aku cabut gigi tu karang.' Amuk hati Azmin geram.
"Sorry bos. Lambat sikit. Jalan jammed." Ujar Hani sejurus sampai di hadapan Azmin.
"Jammed abah awak. Kantin kilang tak sampai 2 km pun. Sengaja nak kenakan saya ke apa?" Marah Azmin dengan suara yang tak berapa nak marah. Tubuh dipeluknya.
"Bos janganlah main abah-abah. Terasa saya. Dah la saya dah tak de abah." Hani sengaja ingin menaikkan kemarahan Azmin. Suara disayukan sambil berpura-pura mencebikkan bibir. Azmin yang melihat hanya menahan perasaan geram dan lucu dengan sikap suka main-main sahabat kecilnya itu.
"Dah-dah tak payah nak buat drama sinetron kat sini. Benda yang saya pesan mana?"
"Nah!" Hulur Hani dengan bibir yang dijuihkan.
"Ok thanks. Awak boleh sambung kerja balik." Ujar Azmin.
Azmin pelik apabila melihat Hani masih berdiri di hadapannya.
"Iye? Dah tak nak kerja ke?" Tanya Azmin menundukkan sedikit kepalanya melihat ke arah Hani yang berdiri kurang dari paras bahunya.
"Duit?" Hani menghulurkan tangannya.
"Oh lupe pulak." Azmin mengeluarkan dompetnya lalu mencari not rm10.
"Err berapa eah?" Tanya Azmin.
"RM5.30"
"Boleh hutang dulu tak? Saya tak de duit kecik la. Ke awak nak RM50 ni?"
"Eh takpe-takpe. Bos simpan la duit BESAR bos tu. Saya belanja." Hani sengaja manekankan perkataan besar.
"Betul ke? Baiknya hati awak. Nanti saya tolak dengan hutang kemera saya tu ye." Ujar Azmin menyindir.
"Ikut suka suki bos lah. Saya nak sambung kerja dulu." Tanpa menunggu balasan Azmin, Hani berlalu dari situ dengan hati yang sebal. 'Melayang duit aku.'
Azmin duduk di atas kerusi pejabatnya. Perlahan-lahan dia membuka bekas polistrin di hadapannya.
"Subhanallah minah ni ingat aku kambing ke ape. Mentang-mentanglah aku suruh beli sayur habis segala jenis sayur warna-warni kau letak ye. Nasib baik tak ada rumput je. Takpe-takpe, ada ubi ada batas." Dengan wajah yang sebal beserta perut yang berkeroncong, Azmin mengalih sayur-sayur ke tepi sebelum mengisi perutnya.
A/N: Alamak! Sorry terlambat post lagi. Hp saya baru siap baiki. Ada moster rosakkan hp saya btw hope korang suka chapter ni. Pendek sikit. Contineu reading... ^_^
IG: @kyowinchesterFor information: Watak Syariff Chen & Syaiful Chen sebenarnya watak kawan saya yg tinggal di Ireland. Diorang berketurunan Chinese+Malay+British. Ummu Nur Hani pula hanya watak dari Imaginasi saya saje. & permulaan cerita ni based on the true story.
YOU ARE READING
Sayang Awak Mute!!!
Romance-Ummu Nur Hani "Hani sayangkan Angah. 13 tahun Hani tunggu Angah balik. Please keep your promised! Hani takkan terima alasan bodoh ni!" -Muhammad Syariff Azmin "Angah pun sayangkan dia dik. Angah tak berniat untuk sakitkan hati dia. Tapi mampu ke a...