BAB 19

45 2 0
                                    

"MAK TEH! Gulai tempoyak ikan patin ada tak?" Hani menyapa mak cik penjaga kantin sambil mata melilau melihat juadah di hadapan mata. Hani berpaling apabila seseorang menegurnya dari sisi.

"Hai. Tak kan makan makanan kampung aje? Sekurang-kurangnya pegi la makan di restoran ke." Mak Cik Suzana menegur.

Hani tersenyum kecil sebelum menjawab. " Macam manalah nak makan kat restoran mak Su, setakat gaji kerja part time mana lah lepas."

"Alah. Buat apa ada boyfriend kalau tak boleh nak belanja."

"Ish boyfriend apa pulak mak Su." Hani menggaru kepalanya yang ditutupi tudung.

"Hum. Baguslah kalau macam tu. Ingat kita hanya sembah yang satu. Lainlah kalau dia pun sembah yang sama. Baru tak murka." Lepas mengucapkan kata-kata itu, Mak Cik Suzana terus beredar dari situ meninggalkan Hani kebingungan.

'Apa-apa jelah.' Hani mengangkat bahu sebelum menyambung memilih makanan.

Selepas mengambil apa yang diingini, Hani berjalan ke arah meja kosong berhampiran. Pingan berisi makanan dan minuman diletakkan di meja sebelum dia beredar membasuh tangan.

Terkejut beruk Hani saat melihat ada seseorang duduk di meja yang ditinggalkannya tadi. Melihat dari cara berpakaian Hani sudah tahu siapa gerangan si pencuri itu. 'Dia ni buta ke. Kan aku dah tanda meja tu dulu. Macamlah tak de tempat kosong lain.'

Hani duduk menghempas punggungnya di hadapan Azmin. Dengan muka yang sebal dia mencapai sudu dan garfu di atas meja. Belum sempat sudu mengaut nasi, Azmin terlebih dahulu menyambar tangannya. Sudu dan garfu diambilnya lalu dilap dengan tisu sebelum meletakkannya kembali ke dalam pinggan Hani.

'Aduh duh duh duh...... Berlagak Charming pulak mamat songsang ni.' Bisik Hani sambil mengipas mukanya yang terasa panas membakar.

"Panas sangat ke kantin ni sampai tak cukup tangan awak kipas. Or nak saya tolong kipaskan sekali?" Tanya Azmin tanpa mengangkat mukanya. Tangannya sibuk mengasingkan kacang dari rotinya.

'Memang panas pun! Kalau boleh keluar api dari mulut aku ni dah lama aku bakar kau hidup-hidup.' Bentak hati Hani.

Hani mengukir senyum palsu sebelum membalas. "Eh! Tak lah. Saya kipas lalat tadi. Tak tahu kenapa asyik terbang kat muka saya je. Encik Syariff tak nampak ke?"

"Oh patutlah bau busuk."

"Hah! Busuk? Tak ada pun." Hani memandang Azmin pelik.

"Yelah. Lalat suka terbang kat awak dah sah-sah sebab awak busuk. Tak mandi ke pagi tadi?" Azmin membidas sambil sengaja memuncungkan mulut cuba menghidu bau Hani. 'Wangi gile minah ni.' Bisiknya.

"Bos!!!!" Marah Hani dengan suara yang perlahan bimbang didengari orang lain.

Azmin tersenyum nipis sambil menyuapkan roti ke dalam mulutnya. Hani turut meneruskan suapannya.

Sekali lagi Hani terkejut melihat tapak tangan ada kacang di atas betul-betul di hadapan mukanya. Dia mengangkat mukanya memandang ke arah Azmin dengan kening yang berkerut.

"Nah. Makanlah. Saya tahu awak suka kacang."

Hani mencebikkan bibirnya. "Alah! Padahal dia tak nak makan cakap aku suka pulak. Suka hati je jadikan aku kambing hitam dia." Hani membebel sendiri tetapi tangan tetap dihulurkan menyambut huluran Azmin.

Azmin hanya tersenyum melihat Hani menjamu selera. 'Dulu atau sekarang awak tetap tak berubah Hani.' Bisik hatinya.

Seperti mengetahui dirinya diperhatikan, Hani mengangkat wajah memandang Azmin. Azmin juga memandang ke arahnya. Perlahan-lahan bibir Azmin mengukir senyuman.

Tanpa disedari, Hani turut membalas senyuman Azmin kemudian bertanya. "Kenapa Encik Syariff tak makan kacang ni? Sedaplah."

"Sebab ada orang bagitahu saya makan kacang nanti tumbuh jerawat."

Sekali lagi mata mereka bertentangan.

*FLASHBACK

"Aduh laparnya!" Adu seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 12 tahun.

"Nah ambil lah." Tegur sorang kanak-kanak perempuan. Azmin mengangkat wajah memandang ke arah kanak-kanak tadi.

"Hani beli lebih tadi. Ingat nak kongsi dengan Azfar tapi dia tak ada jadi angah makanlah." Sekali lagi Hani menghulurkan kepada Azmin. Roti bertukar tangan.

"Azfar tak ada. Dia ikut mama balik." Terang Azmin sambil melihat kearah Hani yang duduk di atas kerusi roda itu. "Kaki dah ok?" Tanyanya

"Dah! Doktor cakap dua tiga hari nanti boleh baliklah tapi simen ni tak boleh buang lagi." Hani memuncungkan bibirnya.

Azmin hanya tersenyum sambil membuka roti yang diberi Hani tadi. Dia begitu lapar ketika itu kerana dari pagi dia tidak menyentuh apa-apa makanan pun. Dia tak begitu gemar dengan makanan yang disediakan oleh hospital.

"Angah!" Panggil Hani.

"Emm?"

"Angah suka tak kacang?"

"Suka"

"Baik angah jangan makan!"

"Hah?" Kunyahan Azmin terhenti sambil memandang keliru ke arah Hani.

"Tak. Hani ada kawan tau. Muka dia penuh jerawat. Dia cakap muka dia jadi macam tu sebab makan banyak kacang jadi baik angah jangan makan." Cerita Hani bersungguh-sungguh.

"Habis takkan nak buang? Sayanglah." Azmin memandang ke arah kacang di atas rotinya.

"Tak ape. Bagi kat Hani. Biar Hani makan."

"Nanti muka Hani tumbuh jerawat pulak."

"Tak apa. Walaupun muka Hani tumbuh jerawat tapi Hani tak risau sebab dah ada orang janji nak kahwin dengan Hani bila besar nanti."

"Hah? Sapa?" Dengan wajah yang terkejut Azmin menyoal

Hani memandang ke satu arah sambil menunding jari ke arah itu. "Tuu..." jawab Hani

"Auch! Sakitlah!" Azmin menggosok tangannya yang terasa sengal terkena sepit ketam Hani.

"Lah! Saya ingatkan bos dah jadi patung cendana kat sini tadi." Ujar Hani pura-pura tak bersalah sambil meneruskan suapannya yang terhenti tetapi dalam hatinya tidak henti-henti membebel. 'Kot ye pun nak berangan pandanglah tempat lain. Dia ingat muka aku ni tempat mengelamun? Huh! Geram pulak aku.'

Azmin masih menggosok tangannya sambil mata melekat di muka Hani. Walaupun lenganya berasa perit, dia tetap tersenyum saat melihat muka merah Hani.

'Angah akan pastikan impian Hani tercapai.' Bisik Azmin.


A/N: Thank you for reading. Little sick making this chapter. I will put some sadness in the next chapter. Hope you will read and love it. Dont forget to
~Vote and Comments~
IG: @_hannahchau_

Sayang Awak Mute!!!Where stories live. Discover now