Azmin melangkah perlahan memasuki perkarangan rumah teres dua tingkat itu. Sepi keadaan rumah tersebut kerana penghunianya sibuk dengan urusan masing-masing.
Kelihatan seorang perempuan dalam lingkungan 46 tahun sedang sibuk mengalihkan beberapa buah pasu bunga. Puan Juliana berpaling memandang ke arah meja apabila terdengar seseorang menarik kerusi yang telah tersedia di halaman itu. Puan Juliana tersenyum memandang wajah anak teruna sulungnya itu.
"Hai ma. Buat apa tu?" tanya Azmin lalu menyuakan pisang goreng ke mulutnya.
"Tanam bunga la. Dah lama mama tak tanam bunga sejak duduk kat sana." jawab Puan Juliana sambil menarik kerusi di hadapan anak terunanya lalu duduk disitu. "Awal balik. Angah pergi mana tadi?" Soal Puan Juliana. Mug dicapai. Dituangnya air coklat lalu disuakan kepada Azmin.
"Angah keluar jumpa kawan tadi." Sekeping lagi pisang goreng dicapainya.
"Angah pergi naik apa?" Puan Juliana menyoal sambil memandang Azmin yang kemas memakai seluar jeans dan t-shirt polo.
"Teksilah ma. Buat-buat tak tahu pulak." Balas Azmin sambil mengangkat keningnya.
"Manalah tahu kot angah dah tukar selera nak drive sendiri." Kata Puan Juliana.
Azmin hanya mampu tersenyum kecil. Suasana sunyi seketika sebelum Azmin membuka mulutnya memanggil Puan Juliana.
"Mama..." panggil Azmin sambil memusing-musingkan mug yang telah kosong.
"Hah apa?! Kalau nak duit pergi mintak kat baba sendiri."
"Bukanlah ma! Kalau pasal duit angah pun ada." Ujar Azmin lalu memuncungkan mulutnya.
"Habis tu?"
"Angah nak tanya ni..." kata-kata Azmin terhenti seketika. Dia seperti memikirkan sesuatu. Puan Juliana setia menanti bicara anak bujangnya.
"Mama ingat tak Mak Cik Ita?" Tanya Azmin. Muka Puan Juliana berkerut memikirkan soalan Azmin. "Mak Cik Ita yang pernah tinggal dekat tepi pantai hujung sana tu."ujar Azmin lagi.
"Ah! Mak Cik Ita janda anak empat tu ke?"kata Puan Juliana apabila bayangan Puan Anita memenuhi mindanya.
"Ha'ah!"
"Kenapa dengan Mak Cik Ita?"
"Mama tahu tak kat mana diorang tinggal sekarang? Angah ada pergi rumah dia minggu lepas tapi angah tengok rumah tu kosong je. Orang kat situ cakap Mak Cik Ita dah pindah 5 tahun lepas." Terang Azmin.
"Eloklah angah tanya ni. Mama memang rancang nak pergi sana malam ni. Saja nak tanya khabar. Angah nak ikut ke?" Tersetak Azmin mendengar jawapan Puan Juliana.
"Malam ni ma? Angah tak ikut kot. Rasa kurang sihat pulak badan ni." Jawab Azmin pantas. Dadanya dipegang bagi meyakinkan Puan Juliana.
"Sakit sangat ke ngah? Dah makan ubat?" Tanya Puan Juliana prihatin. Wajah Azmin ditatapnya kasih.
"Tak sangat tapi angah tak dapat ikutlah. Mama ajaklah adik."
"Takpelah. Mama dah janji nak pergi dengan baba. Angah rehat jelah kat rumah.
"Yes madam!" "Adik mana ma?"
"Dalam bilik dia lah. X-box lah tu." Jawab Puan Juliana. Azmin segera bangkit dari kerusi. Dia terus mendaki anak tangga sejurus memasuki rumahnya. Langkahnya terus ke arah bilik Azfar. Pintu bilik Azfar diketuknya. Tanpa menunggu jawapan pintu terus dikuak dan meloloskan dirinya dalam bilik Azfar. Kelihatan Azfar sedang sibuk dengan laptopnya.
Azfar mendongak apabila perasan ada orang berjalan ke arahnya. Azfar mengangkat keningnya seperti bertanya 'Apa?'
"Adik busy tak?" Tanya Azmin. Azfar hanya menggelengkan kepalanya. Azmin merebahkan badannya diatas katil Azfar.
"Adik ada apa-apa plan tak lagi? Nak keje ke?" Azmin bangun lalu duduk dibirai katil.
Azfar meninggalkan laptopnya lalu berpaling memandang ke arah abangnya. "Tak tahu lagi." Balas Azfar.
"Apa kata adik kerja part time dulu sementara nak tunggu tawaran kerja? Daripada buang masa kat rumah je?" Cadang Azmin. Azfar hanya diam membatu.
"Angah tahu adik tak nak kerja kat syarikat baba. Cubalah adik cari kerja lain dulu?" Nasihat Azmin. Wajah putih adiknya dipandang. Azfar hanya memakai t-shirt dan seluar pendek ketika itu.
"Angah ada cadangan tak?" Tanya Azfar. Tangannya mencapai botol lalu menenguknya.
"Jadi driver angah nak tak?"
PUHHHHH!!!!
"Azfar!!!!" Jerit Azmin apabila mukanya basah dengan air mineral daripada mulut Azfar.
Azfar tergelak besar melihat muka kelat angahnya itu.'Apa class jadi driver. Driver abang sendiri pulak tu.'detus hati Azfar.
Muka Azmin semakin kelat melihat adiknya gelak tak henti-henti. Bantal dicapai lalu dibaling ke arah Azfar. Azfar menyambut lalu dipeluknya.
"Stop it dude!" Marah Azmin. Disapunya baki air di muka.
Azfar menutup mulutnya dengan tangan kanan. Tangan kiri diangkat ke atas tanda mengalah. Azmin menjeling ke arah Azfar.
"Angah serious ni. Adik jadi driver angah la. Adik tahu angah tak boleh drive kan. Susahlah angah nak pegi keje." Terang Azmin.
"Kenapa angah tak cari je driver lain?"
"Tak sempatlah dik. Lusa angah dah kena masuk keje. Manalah nak cari driver dalam masa singkat ni." Azmin masih terus memujuk adiknya."Sementara je dik. Please..." Rayu Azmin. Suara disayukan.
Azfar masih lagi memikirkan tawaran angahnya. 'Nak terima ke? Driver tu?" Hati Azfar masih berbelah bagi.
"Angah bayar dua kali ganda daripada gaji biasa." Sesi tawar menawar masih dijalankan selepas melihat kebisuan adiknya.
Terperanjat Azmin apabila Azfar tiba-tiba menepuk meja beserta muka yang sukar ditafsirkan. Azfar mengankat ibu jarinya dan dilayangkan ke Azmin tanda setuju.
"Cait! Metralistik betul!" Ujar Azmin selepas melihat perlakuan Azfar yang sedikit keterlaluan itu.
"Who care" balas Azfar lalu menatap kembali laptopnya. Azmin dibiarkannya terkulat-kulat sendiri.
Azmin bangun perlahan-lahan daripada katil dan bergerak ke arah meja belajar Azfar. Dia cuba melihat apa yang dilakukan adiknya tetapi tidak berjaya apabila Azfar tiba-tiba menutup laptopnya. Mukanya yang putih kelihatan sedikit merah.
Azfar bangun daripada kerusi lalu menolak angahnya ke arah pintu bilik. Tangannya dihayunkan seperti menghalau Azmin keluar daripada biliknya.
"Ceh! Kedekut betul!" Kata Azmin sebelum keluar daripada bilik Azfar. "Time for COC!" Gumam Azmin.
Azfar terus menutup lalu mengunci pintu selepas Azmin keluar dari biliknya.
'Agak-agak angah nampak tak? Haiya..' detus hati Azfar risau. Dia duduk semula di kerusi lalu dibuka kembali laptopnya. Gambar seseorang kelihatan di skrin laptopnya.
'Mana awak menghilang? Dah seminggu saya cari awak.' Terus ditatapnya gambar di skrin tersebut.
A/N: Kenapa Puan Juliana sangat prihatin dgn kesihatan Azmin? Kenapa Azmin sanggup merayu kepada Azfar supaya menjadi drivernya? Siapa yang dicari-cari oleh Azfar dan kenapa Azmin mengelak untuk pergi ke rumah Puan Anita? Wait for the next chapter ^_^
Ig: @kyominhwanP/S: sorry cause late post this one. I got so many assignment. I hope you like these one. I got sick making this chapter. Thanks for reading. Don't forget to promote my story to your friends. ^_^
#고맢습니다 🙏
YOU ARE READING
Sayang Awak Mute!!!
Romance-Ummu Nur Hani "Hani sayangkan Angah. 13 tahun Hani tunggu Angah balik. Please keep your promised! Hani takkan terima alasan bodoh ni!" -Muhammad Syariff Azmin "Angah pun sayangkan dia dik. Angah tak berniat untuk sakitkan hati dia. Tapi mampu ke a...