BAB 17

64 1 0
                                    

"Heh! Sikit je? Tulah orang dah baik hati nak tumpangkan,sombong. Tengok sape yang susah. Elok merah je sekarang dh berbenjol-benjol dahi tu." sambil berjalan Azmin membebel. Hani di sebelah hanya mengikuti langkah Azmin perlahan-lahan sambil memegang dahi yang sakit.

'Apa kes mamat ni membebel tak henti-henti. Dah tahu aku ni sakit makin menambah perasa pulak dia ni. Nanti aku doakan benda tak baik kat kau baru tahu.' dengan muka yang masam Hani mendengar bebelan Azmin. Bibirnya bergerak-gerak mengejek percakapan bosnya.

"Hah! Eloklah tu. Orang nasihat dia boleh ejek." Sambung Azmin. Hani di sebelah menarik muncung. Kepla dipalingkab ke sisi tidak mahu memandang ke arah Azmin.

"Mak!" Jerit Hani. Badannya terdorong ke kanan kerana ditarik Azmin. Kepalanya terhantuk pada dada bidang Azmin. Bulat matanya memandang ke arah Azmin. Cepat-cepat Hani menolak kuat dada Azmin sehingga belakang kepala Azmin terhantuk pada dinding hospital.

"Adoi.. What the?! Sakit tahu tak." Marah Azmin. Bahagian belakang kepalanya yang terhantuk tadi digosoknya. Sakit.

"Boslah! Suka hati nak ambek kesempatan. Walaupun saya sakit wushu saya tak penah hilang tau." Hani menayang penumbuk kecilnya.

"Ambek kesempatan ape pulak awak ni?"

"Habis yang bos suka-suka hati pel...... eah tarik tangan saya tu bukan ambek kesempatan ke?"

"Ape awak merepek ni? Sepatutnya awak berterima kasih kat saya. Kalau saya tak tarik tangan awak tadi entah dah bocor kepala awak tu."

"Hah?!"

"Cube tolek kat depan awak tu tengok ada apa." Azmin menghayung jari telunjuknya mengarah Hani memalingkan wajahnya.

Hani memandang muka Azmin sebelum memandang ke hadapan. Kurang beberapa meter je lagi kepalanya nak terhantuk pada dinding.

"Tulah! Orang bila berjalan tengok depan. Kalau dah tak sayang sangat kepala tu baik potong je. Huh!" Azmin menyambung bebelannya.

"Ye! Saya tahulah salah saya. Tak payahlah jerit-jerit. Saya belum pekak lagi." Hani berjalan pantas meninggalkan Azmin. Entah kenapa dia sedikit terasa dengan kata-kata Azmin tadi.

Azmin hanya mengikuti langkah Hani dari belakang. Dia tahu Hani marah dengannya. Membiarkan Hani bersendirian adalah jalan terbaik untuk mengelakkan mereka daripada bergaduh.

Sampai saja di luar hospital, mata Hani melilau-lilau mencari teksi. Seperti mengetahui apa yang dicari Hani, Azmin melangkah ke sisi Hani. "Dah. Tak payah nak tunggu teksi. Mari saya hantarkan." Pelawa Azmin. Suara dilembutkan seakan memujuk tetapi Hani hanya memandangnya dengan ekor mata sahaja tetap tak berganjak.

'Ish budak ni degil betullah.' Hati Azmin kembali sebal dengan sikap degil Hani. Azmin menarik beg sandang yang dipakai Hani dari belakang.

"Apa ni? Lepaslah!"

"Jom saya hantarkan. Jangan melawan."

"Tak nak! Perlu ke saya ikut cakap awak?

"Course you've no choice!" Balas Azmin. Kakinya terus dihayunkan ke arah keretanya tanpa mempedulikan kata-kata Hani.

Hani menghentak-hentakkan kakinya tanda protes beserta bebelan tak henti-henti.

Azmin membuka pintu kereta bahagian belakang. Tangannya dilepaskan dari beg sandang Hani."Masuk!" Arah Azmin.

Hani hanya menuruti. Bibirnua masih dijuihkan.

Setelah Azmin memasuki keretanya, Azfar memulakan pemanduannya keluar dari perkarangan hospital.

Sunyi keadaan di dalam kereta tersebut. Berkali-kali Azfar mengerling ke arah angahnya. Azmin hanya berdiam diri sambil memandang ke luar tingkap. Azfar mengerling pula ke arah cermin pandang belakang. Keadaan Hani juga sama tetapi wajahnya lebih kelat daripada Azmin.

"Haish! Kat mana aku nak turunkan budak benjol ni. Ish! Saudari tolonglah kasi tahu kat mana awak tinggal." Keluh Azfar. Dia bigung bagaimana mahu bertanya kepada Hani sedangkan dia sedang memandu.

Kereta yang dipandu Azfar berhenti di persimpangan lampu isyarat. Azfar mengambil peluang untuk bertanya kepada angahnya. Lengan angahnya sengaja disiku kuat.

"Apa?!" Balas Azmin. Dia memandang ke arah Azfar yang sedang membuat isyarat rumah dengan tangan. Azmin menepuk dahi selepas melihat isyarat Azfar tadi.

"Hani!" Seru Azmin. Hani mendongak memandang ke arah Azmin. Tiba-tiba matanya bertembung dengan mata Azfar melalui cermin pandang belakang. Azfar pantas mengalihkan kembali matanya ke arah jalan.

"Kat mana rumah awak?" Tanya Azmin.

"Jauh lagi. Nanti dah sampai saya bagi tahu." Balas Hani. Matanya kembali memandang ke luar tingkap.

"Emm. Esok awak tak payah datang kerja. Cuti dua hari."

"Hah!? Habis kereta saya macam mana?!" Hani menoleh kembali ke arah Azmin.

"Remuk kat depan. Lampu depan pecah. Tak termasuk pagar kilang yang awak langgar tu lagi." Jelas Azmin bersahaja.

'Allah! Mati aku!" Keluh hati Hani. "Habis kat mana kereta saya sekarang?" Tanya Hani lagi. Dari riak wAjahnya nampak kerisauan disitu.

"Kat bengkel."

"Habis tu macam mana saya nak pergi kerja? Ni bos punya pasallah. Mesti kena naik van kilang." Hani mendengus kasar.

"Yelah! Salah saya. Dah tak payah awak susah-susah naik van pekerja. Nanti saya suruh driver saya ambek dan hantar awak." Ujar Azmin. Serentak Hani dan Azfar memandang kearah Azmin.

"No excuse" balas Azmin sebelum sempat Hani dan Azfar membalas.

"Huh! Dia je yang betul." Ngumam Hani.

'Auw I hate you." Azfar turut membebel di dalam hati.

Azmin memandang kembali ke luar tingkap. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyum.

Sayang Awak Mute!!!Where stories live. Discover now